Cara Buat Puding Roti Marble Sedap Guna Agar-Agar Bertali.

Share

Puding Roti Marble memang jadi kegemaran ramai. Jika ada lebihan roti yang dah hampir keras dan nak tamat tempoh, anda boleh hasilkan sajian manisan ni. Dari dibiarkan begitu sahaja, pastinya membazir kan? Tak susah pun. Malah resipi perkongsian saudari Norlida Salleh

ni menggunakan agar-agar bertali je. Senang sangat. Jom cuba.

 

RESIPI PUDING ROTI MARBLE

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar tali
  • 3 cawan air

BAHAN KISAR:

  • 4 keping roti | dicarik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan marjerin
  • Beberapa pewarna pilihan

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Norlida Salleh 

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN