Cara buat pes asam pedas ini perlu belajar kalau setiap minggu makan lauk asam pedas. Lebih memudahkan kerja memasak kita.
Cuma bagi memastikan hasil asam pedas dari pes homemade ini sedap padu ada cara dan sukatannya.
3 biji bawang besar **
3-4 genggam cili kering – potong, bersihkan dan rebus **
5-6 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
3 inci halia **
1 sudu besar lada hitam **
Satu kiub ayam **
1 inci belacan bakar **
2 batang serai – diketuk
1 sudu besar halba
1 ikat daun kesum (60sen)
2 sudu teh garam halus atau secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
4 sudu teh gula atau secukup rasa
2 1/2 senduk besar minyak masak – menumis
1. Cili kering dipotong serong buang biji cili, dibersihkan dan direbus lembut. Selepas itu angkat cili air rebusan buang.
2. Di dalam pengisar/blender satukan bahan bertanda kisar hingga hancur dan halus.
3. Panaskan minyak, tumis halba kemudian letak serai. Tuang bahan kisar lalu masak hingga pecah minyak (lebihkan minyak sewaktu menumis).
4. Kemudian masukkan bersama bahan-bahan lain, perasakan secukup rasa. Masakkan lebih kurang 3 minit lagi.
5. Apabila siap, sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas supaya lebih tahan lama. Nak lebih tahan lama simpan di tempat sejuk beku.
Kredit resipi & foto: Julia Aleen Aireish
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA