Cara Buat Pekasam Daging Homemade Yang Sedap.

Share

Jika tiada selera, hidangan pekasam daging ni boleh membangkitkan selera makan anda. Tak perlu beli kerana anda boleh hasilkan pekasam daging ini secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Roses Eagle. Mudah je, Jom cuba.

 

RESIPI PEKASAM DAGING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping daging
  • 1-2 biji limau nipis
  • Garam kasar secukupnya
  • 1 cawan beras
  • 5 keping asam gelugur

CARA MEMASAK:
1. Basuh daging dan hiris nipis. Basuh dengan limau nipis. Jika tiada, boleh guna asam keping, asam jawa atau tepung gandum. Kemudian toskan.

2. Gaulkan daging yang di tos tadi dengan garam kasar dengan secukupnya. Elak letak garam terlalu banyak kerana daging akan jadi terlalu masin. Masukkan juga asam gelugur. Letak dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.

3. Keluarkan daging yang diperap dan basuh dengan air bagi menghilangkan lebihan garam. Tos dan ketepikan.

4. Ambil kuali dan goreng beras sehingga garing dan keperangan. Pastikan beras tidak hangit supaya rasa pekasam jadi sedap. Beras tidak perlu dibasuh.

5. Bila siap digoreng, tumbuk atau kisar kasar beras tadi.

6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.

7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari.

8. Untuk menikmatinya, panaskan minyak dan goreng hingga garing dan keperangan. Hidangan pekasam daging ini enak dimakan bersama nasi panas.

Kredit resipi & foto: Roses Eagle

IKLAN