Cara Buat Pajeri Nenas Pekat & Sedap Versi Kelantan

Share

Sedapnya tengok pajeri nenas ni. Tetiba tertelan air liur. Lama dah tak masak pajeri nanas.

Lagi sedap bila padankan pajeri nenas dengan ayam goreng mamak, sambal belacan thai dan tembikai.

Nampak menarik kan resipi pajeri nenas daripada Afy AL Habibi ni.

 

RESIPI PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN KISAR SEHINGGA LUMAT:

6 biji bawang merah saiz syiling 20 sen – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
2 hiris nipis halia – beli online di sini
1 sudu besar udang kering – beli online di sini 

 

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk 

TONTON Dapur Rasa Live: Ayam Masak Cendawan PKP & Nasi Beryani Udang Cheese Lockdown 

BAHAN LAIN:

3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
½ sudu kecil cili kisar/serbuk cili baba’s – beli online di sini
2 sudu besar rempah kari (saya guna rempah kari sendiri, Rempah Kari Cikgu Afy)
1 cawan air masak
½ keping nisse kampung @ gula melaka – beli oline di sini
1 senduk santan
Separuh biji nenas | potong dua
1 sudu kecil kerisik – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biarkan sehingga wangi. Masukkan cili kisar /serbuk cili Baba’s.
2. Selepas itu, masukkan rempah kari. Biarkan sedikit garing. Guna api perlahan sahaja. Barulah masukkan air masak secawan.


3. Tunggu sehingga tumisan pecah minyak. Barulah perasakan untuk peringkat pertama.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Masukkan 1/2 keping nisse kampung atau gula melaka. Juga sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu. Biarkan rasa sebati.


5. Barulah dimasukkan santan. Masukkan sedikit sahaja air kerana nanti air dari buah nanas akan keluar lagi.
6. Sementara itu, bolehlah sediakan buah nanas. Selepas dibuang kulit dan ‘mata’nya, hiris buah nanas dalam seinci lebih tebal supaya nanas tidak mudah hancur. Tak nak potong dua pun terpulang.


7. Selepas kuah pecah minyak elok, susun nanas tadi ke dalam periuk. Balik-balikkan seketika. Guna api perlahan sahaja.
8. Sesudah nanas mula masak, masukkan kerisik. Juga masukkan tambahan perasa peringkat kedua.
9. Selepas kuah memekat dan cantik, bolehlah ditutup apinya.

Kredit resipi: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN