Anak-anak memang sukakan coklat Nutella. Selain disapu pada roti, makan macam tu je pun boleh habis satu balang. Jadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Puan Danita Daniels ni. Mudah sahaja. Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat. Anak-anak senyum lebar.
RESIPI NUTELLA HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm kacang hazelnut
200gm coklat susu ( milk chocolate) – cair dan sejukkan
4 sudu maka serbuk koko
130gm gula ising – ayak
1 sudu teh esen vanilla /vanilla extract
2 sudu makan minyak sayur / canola
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar dan bakar kacang hazelnut pada suhu 180C selama 20-25 minit hingga naik bau. Pastikan tidak hangus. 2. Keluarkan kacang dan kupas kulit kacang menggunakan kain hingga semua kulit tanggal. Untuk mudah kerja, boleh beli kacang hazelnut yang telah siap kupas. 3. Masukkan kacang ke dalam food processor dan kisar hingga hancur dalam 2-4 minit. 4. Bila kacang hazelnut dah jadi hancur (tekstur macam kacang tanah nak buat kuih kacang tu), kisar lagi hingga jadi pes yang licin. 5. Masukkan serbuk koko, gula ising, coklat yang dicairkan, esen vanilla dan minyak.
Ads
6. Kisar lagi hingga jadi halus dan licin macam nutella yang beli di kedai.
Ads
7. Jika kisar guna blender, kena banyak kali berhenti supaya blender tak berbau hangus. 8. Kalau guna blender, setaip kali berhenti, kena kikis sisa kacang di bahagian tepi supaya semua bahan dapat kisar sempurna. 9. Masukkan nutella ke dalam balang atau bekas kedap udara. Ia tahan beberapa minggu dalam suhu bilik. Boleh juga simpan dalam peti sejuk.
Resipi kuih ini sangat istimewa kerana kue cantik manis ini asalnya dari Indonesia. Resipi untuk buatnya pun sangat simple.
Menerusi perkongsian resipi daripada Jamilah Nordin, kue cantik manis ini boleh dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.
Malah tak lama lagi pun, kita akan menyambut bulan puasa. Boleh juga buat untuk berbuka atau jualan. Kuih ini memang nampak menarik kan bila bungkus dengan plastik jernih macam tu.
1. Rebus biji sagu dan masukkan pewarna pilihan secukupnya. 2. Masak hingga jernih dan hilang biji-biji putih. Letak dalam tapis dan lalukan di bawah air paip untuk buangkan kanjinya. Ketepikan.
3. Satukan santan, tepung hoenkwe, gula pasir, garam dan esen vanilla dalam periuk. 4. Masak atas api perlahan hingga pekat. Masukkan biji sagu, padamkan api dan terus kacau perlahan-lahan hingga rata.
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.
Maka ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.
RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.
DAGING GORENG KENTANG
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.