Cara Buat Nuget Ayam Homemade Untuk Anak-Anak. Lebih Sihat & Kurang Lemak

Share

Kanak-kanak memang suka makan snek terutamanya nuget ayam. Oleh itu anda boleh hasilkan hidangan ini secara homemade. Jika buat sendiri, anda boleh mengawal jumlah garam serta abaikan penggunaan MSG. Lebih sihat malah lebih jimat. Jom cuba!

NUGET AYAM HOMEMADE

BAHAN NUGET:

  • 4 keping isi dada ayam ( kisar)
  • 2 biji telur
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar ( optional)
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 3 sudu makan tepung gandum ( liza guna breadcrumbs sebab tepung habis. Jumlahnya bergantung pada tekstur adunan.)
  • Sedikit minyak zaitun ( jika ada. Boleh gandti dengan minyak lain)
  • Sedikit garam

BAHAN SALUTAN:

  • Telur
  • Serbuk roti ( breadcrumbs)

CARA MEMASAK:

1.  Satukan isi ayam, telur, bawang putih, bawang besar dan lada sulah. Kisar.

2.  Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan tepung gandum ( Nor Azliza guna serbuk roti kerana kehabisan gandum), minyak dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.

 

 

3.  Kukus adunan hingga setengah masak dan bentukkan mengikut kreativiti anda. Jika sukakan keju, boleh tambah keju mozarella dalam isi ayam tadi.

4.  Untuk menyalut nuget, celup kepingan nuget ke dalam telur dan golekkan pula dalam bekas berisi serbuk roti. Ulang langkah sama hingga adunan nuget habis.

5.  Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

6.  Untuk menghasilkan nuget tempura, gantikan serbuk roti kepada tepung goreng ayam yang telah dibancuh dengan air serta telur. Pastikan adunan tidak terlalu cair.

7.  Kemudian celupkan nuget ke dalam bancuhan tepung dan golekkan ke dalam serbuk tepung ayam. Goreng hingga keemasan.

Kredit resipi & gambar: Nor Azliza Ismail

IKLAN