Cara buat mi hailam padu ini sukatan untuk masak sekuali terus. Lebih mudah untuk makan sekeluarga, sekali masak saja.
Hidangan mi ini enak dihidangkan panas-panas, memang berselera makan. Untuk jamu tetamu datang beraya waktu petang atau malam pun sesuai.
Cara buat mi hailam, sukatan masak sekuali terus
Bahan-bahan
500g mi kuning (dibilas & toskan)
Hirisan daging (nipis)
Fish ball / fish cake
Udang / sotong (jika suka)
½ sudu teh lada sulah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
1 liter (boleh tambah jika mahu lebih kuah)
Bahan tumis
6 ulas bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili kisar
Minyak masak secukupnya
Ads
Sayur- sayuran
1 ikat kecil sayur kailan
1 paket kecil putik jagung (dihiris)
Sedikit kubis bunga
1 batang lobak merah (dihiris nipis)
Cara memasak
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan hirisan daging dan semua jenis sos (sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat, kicap manis). Gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air dan masak hingga daging empuk. Masukkan fish ball, fish cake, dan seafood kalau guna. Gaul rata.
Ads
4. Tuang dalam 1 liter air (atau lebih jika suka kuah banyak). Masukkan lada sulah dan biar reneh seketika. Tambahkan sayur keras dulu seperti lobak merah, putik jagung dan kubis bunga. Biarkan layu.
5. Kemudian masukkan mi kuning dan kailan. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Akhir sekali, renjiskan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan masak sekejap sahaja supaya mi tidak kembang.
Bihun atau Mi Celup ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin nak makan Mee Udangyang sedap? Maklumlah di musim PKP yang tidak berpenghujung ni, pasti ramai yang sudah mula rindukan masakan emak di kampung. Saudara Muhsein Muhada kongsikan resipi Mee Udang Periuk dari Penang resipi dari ibunya. Resipi ringkas sahaja tapi lihatlah kuahnya, sangat membuka selera. Sesuai untuk sajian 6-8 orang. Jom cuba!
CARA MASAK KUAH MEE UDANG PERIUK PENANG
BAHAN-BAHAN: 1 genggam cili kering – beli online disini 2 biji ubi keledek merah – rebus terlebih dahulu 2 biji ubi kentang – rebus terlebih dahulu 1/2 genggam kacang tanah – beli online disini Udang segar secukupnya – untuk kisar dan dimasukkan ke dalam kuah 1 biji bawang merah besar – kisar halus 3 ulas bawang putih – kisar halus Sos tiram secukupnya – beli online disini 1 tangkai daun sup 1 biji tomato Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN: 1 paket mi kuning Tauhu – digoreng Bawang goreng – beli online disini Tauge dan telur rebus Limau kasturi
CARA MEMASAK: 1.Kisar cili kering bersama isi udang dengan secukupnya. Jika mahu kisar udang bersama kulit dan kepalanya, kisar secara berasingan, tapis dan barulah dicampur bersama kisaran cili. 2. Seterusnya kisar pula ubi keledek merah, ubi kentang dan juga kacang tanah. 3. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 4. Masukkan kesemua bahan-bahan kisar dan juga air. Sebatikan. 5. Bila kuah mula mendidih, masukkan sos tiram, daun sup dan hirisan tomato. Masak lagi hingga sekata. 6. Perasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya. 7. Akhir sekali, masukkan udang. Biar hingga udang masak sepenuhnya.
8. Angkat kuah dan hidangkan bersama mi dan juga bahan-bahan sampingan yang lain.
Mi Kolok Sarawak ni kalau tengok resipi memang nampak rumit tapi bila makan memang berbaloi sedap dan gerenti puas hati. Jadi apa kata kita cuba masak sendiri. Kalau sudah biasa mesti mudah,
Cubalah ye..
Mi Kolok Daging Sarawak
Bahan-bahan:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Memasak Sup:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
Cara Memasak Mi :
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Cara Memasak Sambal:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sotong Masak Kicap Pedas yang ringkas tetapi padu ini penuh aroma, berkuah pekat dan siap dalam 10 minit. Ketahui teknik sotong lembut, tumisan pecah minyak dan gabungan sos yang menaikkan rasa.