Cara Buat Kulit Karipap Sedap & Rangup Walau Dah Sejuk

Share

Karipap sedap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Putus selera. Kalau nak tahu cara-cara nak buat kulit karipap yang rangup serta tahan lama, boleh cuba resipi

perkongsian Che Kelly Muhamad di bawah ini.

 

RESIPI KULIT KARIPAP SEDAP & RANGUP

BAHAN KULIT KARIPAP:

  • 1kg tepung gandum ( empunya resipi guna cap blue key)
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan marjerin
  • 350ml air
  • 2 sudu makan air rendaman kapur makan ( yang jernih)

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak bersama marjerin. Sukatan ini untuk 1 kg tepung. Jika nak buat 2kg, gandakan sahaja bahannya.

2. Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.

3. Gaul tepung hingga jadi macam ni.

4. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.

5. Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia lembut dan berminyak sedikit.

6. Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.

7. Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.

 

RESIPI INTI KENTANG

BAHAN INTI KARIPAP:

  • 1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya
  • 1/2 biji bawang besar | didadu kecil
  • 4 sudu makan serbuk kari
  • 8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis
  • 3 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.

2. Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.

3. Seterusnya masukkan ubi kentang. Kacau hingga kering.

4. Padamkan api dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.

Kredit resipi & foto: Che Kelly Muhamad

 

 

Nak beli AIR FRYER tapi takt ahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN