Kuih tepung bunga ini merupakan kuih tradisi negeri Pantai Timur dan selalu didapati di negeri Terengganu.
Menggunakan hanya tiga bahan kuih, cara membuat juga sangat mudah. Tapi jangan pandang sebelah mata, rasa kuih ini cukup enak walau hanya dibuat dengan bahan yang sangat ringkas.
Rasa tepung pulut yang kenyal bersalut dengan telur, manis-manis di hujungnya memang boleh buat kita teringat-ingat. Ringkas yang sedap.
Agar kuih tradisi ini tidak lenyap ditelan zaman, RASA kongsi resipinya mengikut panduan dari Afy Al Habibi.
145g tepung pulut
110ml air kosong
2 cubit garam
1. Satukan bahan-bahan, letak air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
2. Sapukan pinggan atau dulang dengan sedikit tepung gandum atau tepung pulut. Bentuk doh jadi bulat sebesar syiling 20 sen.
3. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Ketepikan. Kemudian panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas tapak tangan untuk elak doh melekat.
5. Ambil satu doh kecil tadi, kemudian picit dengan ibu jari di bahagian tengahnya untuk bentuk yang sedikit meleper. Kemudian rendam dalam mangkuk telur.
6. Goreng satu demi satu doh tadi guna sudu. Goreng sekejap saja dalam 2-3 minit hingga tepung bertukar kekuningan, balikkan. Angkat dan tos minyak.
7. Susun tepung bunga dalam pinggan, setiap satu lapisan taburkan sedikit gula di atasnya.
8. Sedia untuk dimakan.
INFO: Boleh juga jika mahu campurkan santan dan masukkan kelapa muda parut. Tapi resipi tiga bahan saja pun dah sedap.
Kredit Resipi & Foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA