Cara Buat Kuih Sagu Kukus Menggunakan Acuan Lompang

Share

Kuih Sagu merupakan antara kuih lama yang sedap dan paling mudah nak buat. Teksturnya yang lembut, manis dan dinikmati bersama kelapa parut menjadikan sajian ini digemari semua golongan. Bagi anda yang terasa nak makan Kuih Sagu untuk minum petang, resipi perkongsian saudari Sitihawa Ahmad

ni boleh dicuba. Memang mudah!

RESIPI KUIH SAGU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu – beli online DISINI
  • 2 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir – beli online DISINI
  • 1/2 sudu teh pewarna merah @ hijau
  • 1/2 biji kelapa parut – kukus terlebih dahulu supaya tahan lama
  • Sedikit garam halus – beli online DISINI
  • Sedikit minyak untuk sapu acuan

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air dan masukkan pewarna. Kacau rata.

2. Bila mendidih, masukkan sagu dan gula. Kacau serta masak hingga kembang dan likat.

 

3. Padamkan api dan masukkan sagu ke dalam acuan-acuan kecil atau acuan lompang. Boleh juga guna loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.

 

4. Kukus sagu sekali lagi selama 15-20 minit.

 

5. Sejukkan sagu seketika sebelum dikeluarkan dari acuan.

 

6. Tabur kelapa parut yang telah dikukus dan digaul dengan sedikit garam halus.

7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Sitihawa Ahmad

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN