Kuih Sagu merupakan antara kuih lama yang sedap dan paling mudah nak buat. Teksturnya yang lembut, manis dan dinikmati bersama kelapa parut menjadikan sajian ini digemari semua golongan. Bagi anda yang terasa nak makan Kuih Sagu untuk minum petang, resipi perkongsian saudari Sitihawa Ahmad ni boleh dicuba. Memang mudah!
Suka minum Lai Chee Kang? Saudari Salizawati Salleh ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah ibunya. Resipi ini sangat mudah dan versi mak-mak zaman dahulu yang ringkas sahaja cara penyediaannya. Namun boleh diolah sendiri ramuan mengikut selera masing-masing. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
NOTA: Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa-apa sahaja yang disukai.
CARA MEMASAK:
1.Rendam biji selasih, buah kembang semangkuk, longan kering dan barli. Biar kembang seketika.Sambil tunggu kembang, boleh masak benda lain terlebih dahulu.
2. Untuk kembang semangkuk, bila sudah kembang, buang terus bijinya supaya senang untuk diminum.Jangan hancurkan ye, biar berselirat je.
3. Rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, barli dan longan kering.Jika guna gula merah macam mak-mak dulu tu, pastikan gula larut dan tapis terlebih dahulu sebab kadang-kadang ada habuk gulanya.
4. Rebus bahan-bahan tadi dan biarkan hingga mendidih.
5. Bila longan dan barli sudah kembang, masukkan biji selasih dan kembang semangkuk. Kacau sekejap dan tutup api.
6. Kemudian masukkan buah kundur yang dipotong dadu dan buah kabung.Kacau lagi.
7. Lai Chee Kang homemade sudah siap disediakan. Boleh dinikmati panas dan juga sejuk. Pasti puas hati.
Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya. Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah cuba .
DAGING SEMUR ALA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal
12 tangkai cili kering | digunting serong
4 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
5cm halia | dihiris memanjang
50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit
Tengah berhujung minggu dengan keluarga, bila dah petang eh tiba-tiba teringin nak buat pencuci mulut. Tapi nak cari pencuci mulut yang mudah, simple & sedap. Macam mana? Haa ini lah dia resepi cumi-cumi sweet cocktail yang sangat lah mudah, memerlukan bahan yang sedikit tapi sedap! Boleh juga hidangkan untuk tetamu beraya atau majlis rumah terbuka.Selamat mencuba!
RESEPI CUMI CUMI SWEET COCKTAIL
Bahan-bahan:
Info: Nak tambah Nata De Coco atau buah-buahan segar pun boleh