Cara Buat Kuih Qasidah Yang Sedap Versi Orang Utara

Share

Kuih Qasidah; salah satu kuih tradisional klasik yang digemari ramai. Biasanya orang dulu-dulu suka menyediakan kuih ini terutamanya di bulan puasa. Kuih Qasidah dikatakan ada dua jenis iaitu versi Pantai Timur dan juga versi Utara. Tidak kira mana pun, kedua-dua ada kelainan dan keistimewaan tersendiri. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ini, saudari Jes Tham kongsikan resipi Kuih Qasidah versi Utara yang sangat sedap dan mudah. Selamat mencuba!

 

RESIPI KUIH QASIDAH VERSI UTARA

 

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum beli online disini
2 1/2 cawan air
1/4 cawan gula beli online disini
1/2 sudu teh garam beli online disini
1 sudu teh air kapur makan (tak letak pun tak apa. Tujuannya untuk memudahkan proses seterusnya dan kuih lebih berkilat) beli online disini
1 sudu makan minyak sapi (tak letak pun tak apa. Tujuannya untuk lebih enak dan wangi) beli online disini

BAHAN HIASAN:
6 ulas bawang merah (hiris) dan secubit garam.

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dengan secukupnya. Tambah secubit garam dan goreng bawang merah sehingga kekuningan. Ketepikan.

2. Sediakan periuk, masukkan air, tepung gandum, gula, garam dan air kapur makan.

3. Menggunakan api yang perlahan, kacau sehingga pekat dan berkilat. Anggaran 15 minit.


4. Apabila sudah pekat tambah sedikit minyak sapi atau minyak gorengan bawang tadi untuk menambahkan rasa.


5. Akhir sekali, tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan minyak.


6. Ratakan adunan dan tabur bawang goreng tadi. Nak tambah lagi dengan sedikit minyak bawang pun boleh. Siap.


7. Sejukkan dulu sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Jes Tham

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN