Cara Buat Kuih Lapis Pandan Coklat Sedap & Lembut, Boleh Cuba.

Share

Anda yang sukakan kuih lapis, anda wajib cuba resipi Kuih Lapis Pandan Coklat yang sungguh sedap dan lembut teksturnya dengan cara mudah. Tak perlu nak perah santan bagai, guna je santan kotak, hasilnya tetap sedap dan tidak mengecewakan. Macam biasa resipi ada disedia di bawah ini:-

KUIH LAPISAN PANDAN COKLAT


BAHAN-BAHAN:
1200ml santan | dari 600ml santan kotak + 600ml air
250gm tepung jagung
150gm tepung beras
300gm gula pasir
5 helai daun pandan
Secubit garam dan esen vanila secukupnya
1 1/2 teh perasa pandan
2 sudu teh serbuk koko | larutkan dengan sedikit air panas

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan santan, garam, vanilla dan daun pandan hingga suam.
  2. Keluarkan daun pandan, masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut, ke tepikan dan biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung ubi dan beras, tuangkan campuran santan tadi, adun rata hingga tiada bergentel lalu tapiskannya ke dalam bekas lain.
  4. Sementara itu panaskan pengukus dan sediakan loyang 18X18 dan oleskan dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  5. Bahagikan adunan tadi kepada dua, satu warna coklat dan satu hijau pandan.
  6. Setelah air kukusan mendidih, ambil 100ml adunan padan dan tuangkan dalam loyang pengukus, kukus selama 5 minit, kemudian lapisan dengan warna coklat.
  7. Lakukan kerja mengukus secara berselang seli adunan hingga habis.
  8. Dikukusan terakhir, kukus 20-25 minit atau hingga masak.
  9. Angkat loyang dan sejukkan. Setelah betul-betul sejuk baru potong menggunakan pisau yang disapu dengan minyak.
  10. Kuih sedia dihidangkan.

Kredit: @rita_siucien .

IKLAN