Makan

Cara Buat Kuih Cara Manis Yang Sedap, Garing Di Luar, Lemak Serta Lembut Di Dalam

Share

Cara buat kuih cara manis ini memang enak sekali hasilnya. Sedap manis berlemak di bahagian dalam, di luar pula sedikit garing. Kuih cara beginilah yang dicari-cari.

Lagi satu, resipi kuih cara ini dikongsi oleh Fateema Azzahra ini juga air gulanya tak meleleh bila dimakan. Menurutnya lagi kuih ini juga boleh dijadikan bahan jualan bagi suri rumah kerana mudah disediakan serta tak memerlukan modal yang banyak.

Cara buat kuih cara manis yang sedap

Bahan-bahan

1 cawan air pandan
2 cawan tepung
2 biji telur
Secubit garam
2 cawan santan (untuk santan kotak campur 1/2 kotak dengan 2 cawan air)
Pewarna (jika suka)
Gula -untuk letak di tengah kuih

Cara memasak

1) Satukan semua bahan di atas kecuali gula dalam pengisar.

2. Masukkan air dulu kemudian masukkan bahan lain supaya mudah dikisar.

3. Kisar hingga semua bahan sebati, kemudian tapis untuk dapat bancuhan yang halus dan lembut.

3) Panaskan acuan kuih cara atas dapur kemudian tuang bancuhan. Letak satu sudu kecil gula pada setiap biji kuih cara.

4) Tutup permukaan acuan dengan penutup periuk, masak hingga garing. Alihkan menggunakan sudu besi.

TIP

  • Titik sedikit minyak dalam bancuhan untuk menghasilkan permukaan yang cantik dan berkilat.
  • Celup jari, pastikan bancuhan cair tak melekat pada jari. Bancuhan yang pekat dan melekat, akan menghasikan kuih cara jadi KERAS.

Kredit resipi & foto: Fateema Azzahra 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA

 

Published by
Rose