Cara Buat Kuih Bakar Guna Airfryer, Senang & Tetap Sedap

Share

Kuih bakar antara kuih tradisional yang masih disukai ramai. Meski dahulu cara membuatnya agak renyah menggunakan arang dari sabut kelapa untuk memberikan aroma wangi dan sedap, kini penyediaannya lebih mudah.

Selain dibakar guna oven atau dapur gas, untuk lebih pantas ia juga boleh dibakar menggunakan air fryer.  Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah

ini hasil kuih bakar menggunakan air fryer ini memang menjadi dan sedap.

Cara buat kuih bakar guna air fryer

 

Bahan-bahan:

1 cawan air daun pandan

2 cawan santan/1 kotak kecil

2 cawan tepung gandum

1 cawan Gula

2 biji telur

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil pewarna hijau

Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi (ikut cita rasa)

Cara membuat
  1. Blend semua bahan tadi sampai sebati dan masukkan dalam loyang (loyang airfryer tak perlu guna baking paper pun boleh sebab tak melekat pun).

2. Bancuhan ini akan dapat 2 biji kuih bakar. Masak dua kali ya.

3. Masukkan  dalam airfryer suhu 170° masa 45 minit.

 

Tip: Tunggu betul-betul sejuk baru potong sebab nanti bahagian tengah akan mendap.

Sumber: Tsu Feh Sufiah

IKLAN