Cara Buat Kuih Abok-Abok Yang Sedap & Mudah

Share

Kuih Abok-Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat. Jom cuba

resipi perkongsian saudari Zurida Hassan ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.

RESIPI KUIH ABOK-ABOK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan sagu – rendam dengan pewarna hijau atau air kisaran daun pandan selama 15 minit
  • 1 cawan kelapa parut
  • Gula melaka secukupnya – racik halus
  • Daun piang secukupnya – potong kecil dan layurkan
  • Sedikit gula dan garam

CARA MEMASAK:
1. Ambil sagu dan toskan airnya. Kemudian gaulkan bersama kelapa parut, sedikit gula dan garam. Ratakan.


2. Ambil daun pisang dan gulung menjadi kon.


3. Sudukan sedikit sagu.


4. Kemudian masukkan gula melaka secukupnya.


5. Masukkan lagi sagu.


6. Lipat bungkusan daun pisang dengan kemas dan pinkan dengan lidi. Lakukan hingga habis.


7. Kukus kuih selama 20 minit atau hingga sagu masak.


8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurida Hassan

IKLAN