Cara Buat Kiub Rempah Sup Homemade. Mudah & Sedap

Share

Suka makan sup? Ini dia cara-cara untuk menyediakan pes sup @ kiub rempah sup homemade. Dengan adanya kiub rempah sup ni, kerja memasak jadi mudah dan membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Cubalah resipi perkongsian saudari Mas Lieyana

ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI KIUB REMPAH SUP HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang besar | dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
  • 2 inci halia | dipotong kecil
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil kfc lada hitam
  • 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.

2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.

3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.

4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

 

Kredit gambar & resipi:Mas Lieyana

 

IKLAN