Cara Buat Keropok Homemade Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Share

Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Fauziah Khary dan merupakan resipi dari Indonesia. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.

 

CARA BUAT KEROPOK NASI HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi sejuk – rendam 1 jam
  • 1 mangkuk tepung ubi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 batang daun bawang – ambil bahagian hijau sahaja. Hiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Stok ayam / kiub pati ayam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kisar nasi, bawang putih dan ketumbar hingga halus. Boleh juga tumbuk.

2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub pati ayam.

3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan dikacau perlahan-lahan hingga sebati dan jadi liat.

4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan lonjongkan seperti bentuk keropok lekor.

5. Didihkan air dan rebus. Biar hingga terapung.

6. Angkat dan toskan airnya. Kemudian hiris nipis dan jemur di bawah cahaya matahari hingga betul-betul kering.

7. Untuk menikmatinya, goreng dalam minyak panas hingga kembang. Lebihan keropok tadi boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

IKLAN