Cara Buat Kerabu Sotong Yang Sedap & Cukup Segala Rasa

Share

Sotong juga sedap dibuat kerabu selain dimasak sambal atau gulai. Ditambah dengan mangga muda, memang cukup segala rasa. Anda boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Khadijah Jaafar ini. Selamat mencuba.

KERABU SOTONG

 

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor sotong saiz sederhana
  • 2 biji buah pelam muda | diracik halus
  • 1 batang daun ketumbar | dihiris kasar
  • 1/2 biji bawang besar merah | dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holland | dihiris nipis
  • 1 biji cili merah/4 tangkai cili padi merah | dihiris
  • 1 biji cili hijau/4 tangkai cili padi hijau
  • 10 biji tomato ceri | dibelah dua
  • 1 peket kecil suhun

BAHAN SOS:

  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 1/2 sudu besar gula perang
  • 2 biji limau nipis | diambil jus

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan supaya sotong kering.

2. Dalam air rebusan yang sama, celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.

3. Kemudian, hiris pelam muda, batang daun ketumbar, bawang merah, bawang holland, cili padi dan cili besar.

 

4. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar supaya mudah dikacau.

5. Satukan bahan sos dan tuangkan ke dalam bekas.

6. Rasa dan sesuaikan mengikut selera anda. Sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar

 

Anda mencari FOOD STEAMER dengan harga yang berpatutan? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN