Cara Buat Kek Marble 6 Bahan Sedap, Adun Tanpa Guna Mixer

Share

Resipi Kek Marble paling mudah yang boleh dicuba oleh anda yang tidak mempunyai mesin pengadun di rumah. Hanya dengan menggunakan senduk, anda masih boleh menghasilkan kek yang sedap untuk suami dan anak-anak. Aroma bila dibakar, fuhhh…wangi satu rumah. Memang harus cuba resipi perkongsian saudari Noor Irmazai Juhari ni. Pasti puas hati.

RESIPI KEK MARBLE 6 BAHAN ADUN GUNA SENDUK JE

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega atau marjerin (beli online disini)


1 cawan gula (beli online disini)
4 biji telur
1 sudu makan esen vanilla (beli online disini)
2 cawan tepung gandum (beli online disini)
Serbuk koko dan pewarna makanan secukupnya (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang dan warna bertukar menjadi putih.
2. Masukkan telur satu demi satu diikuti esen vanilla.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Kacau hingga adunan menjadi sebati.


4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda ingin warnakan. Masukkan warna ikut cita rasa. Sebatikan. (empunya resipi guna 3 warna: coklat, warna asli dan hijau)


5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega. Corakkan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Bakar kek pada suhu 180°c selama 30-40 mint atau sehingga kek masak. Guna api bawah sahaja.


7. Jika suka kek yang sedikit garing di bahagian atas, bakar sekejap menggunakan api atas selepas kek masak sepenuhnya.


8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noor Irmazai Juhari

 

Suka shopping online? Dapatkan baucar FREE SHIPPING dengan belian minima RM10 DISINI!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN