Cara buat kek batik yang sebenar macam inilah…Bukan saja sedap, tetapi juga memukau dari segi rupa. Dihasilkan oleh Farizah FieMarissa, kek batik ini tampil unik dengan lukisan corak batik di atasnya, menjadikannya bukan sekadar pencuci mulut, tetapi juga karya seni.
Menggunakan resipi kek batik lembut popular oleh pempengaruh Khairul Aming sebagai asas, Farizah mengolahnya dengan kreativiti tersendiri. Menariknya, kek istimewa ini turut dijual sebagai salah satu produk beliau.
Lebih istimewa lagi, beliau tidak lokek berkongsi ilmu. Dalam satu hantaran di grup masakan terkenal di Facebook, Farizah berkongsi resipi lengkap dan teknik lukisan corak batik pada kek.
“Inilah namanya kek batik, batik. Saya lukis guna buttercream saja sebab kurang sabar nak handle white chocolate untuk canting. Kali pertama try lukis batik, banyak lagi yang perlu diperbaiki,”ujar Farizah.
Bahan-bahan
1 ketul mentega
1/2 tin susu pekat
2 biji telur
1 cawan Milo atau jenama lain
1/2 cawa susu cair
2 paket biskut Marie-patahkan
1 sudu teh serbuk kopi (jika suka)
1 sudu teh garam
1. Panaskan kuali, cairkan mentega. Selepas cair, masukkan susu pekat.
2. Seterusnya tuang Milo dan serbuk koko. Kacau rata.
3. Selepas sebati masukkan susu cair Bersama serbuk kopi dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan biskut Marie yang dipatahkan. Kacau hingga coklat mengenai semua biskut.
5. Selepas coklat rata, letak dalam Loyang dan mampatkan. Sejukkan di dalam peti.
6. Untuk topping, masak chocolate coin dengan kaedah double boil. Kemudian curah atas kek batik yang sudah keras. Selepas coklat kering, bolehlah menghias mengikut citarasa.
Kredit resipi & foto: : Farizah FieMarissa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA