Cara Buat Jem Nanas Homemade Yang Sedap & Ada Serat Bertali

Share

Jem Nanas yang dibuat sendiri memang lebih sedap berbanding jem ‘readymade’yang biasa dibeli di kedai bakeri. Jem yang sedap adalah bila dimakan, serat-serat nanasnya masih ada dan terasa rangup ketulan isi nanasnya. Memang enak! Jika anda bercadang nak buat sendiri Jem Nanas homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ini. Istimewa resipi ini, nanaskan tidak dikisar tetapi dicincang bagi mendapatkan tekstur jem yang bertali dan rangup. Best kan? Jom lihat cara-caranya.

 

RESIPI JEM NANAS RANGUP BERTALI

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit nanas dan buang matanya. Cuci bersih-bersih.

2. Cincang isi nanas dan hiris nipis-nipis. Empulurnya diparut halus.

3. Masukkan kesemua isi nanas dan airnya ke dalam kuali (Jangan buang air nanas yang menitis dan jangan tambah air lain)

4. Masak dengan api sederhana sehingga air nanas kering.

5. Kemudian barulah masukkan gula, gula batu, kulit kayu manis, jus limau nipis dan daun pandan.

6. Kacau sehingga jem betul-betul kering dan nampak jernih berkaca.

7.Tutup api dan pastikan jem betul-betul sejuk sebelum disimpan.

 

INFO: Masak Jem Nanas cara ni akan menghasilkan jem yang lebih bertali dan sedikit rangup kerana ada ketulan-ketulan nanas cincang.

 

 

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN