Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Macam Dekat Pasar Malam

Share

Jagung Cawan adalah snek wajib beli bila berkunjung ke pasar malam. Kalau nak buat sendiri, mudah sahaja caranya. Sesuai bagi anda yang mempunyai anak ramai kerana guna resipi ini, tentunya lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Nak tahu cara buat Jagung Cawan lemak manis yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!

 

RESEPI JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM

BAHAN-BAHAN:
1 paket jagung sejukbeku
1 tin krimer pekat manis beli online disini
3 sudu makan marjerin (lebihkan lagi sedap)beli online disini
Sedikit air & garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan masukkan sedikit air. Sukatan air anggaran setengah dari jagung. (RASA: jika ada jagung segar, anda juga boleh menggunakannya. Caranya mudah sahaja. Asingkan isi jagung dari pulurnya kemudian kukuslah sehingga jagung masak dan lembut.)


2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering, boleh tambah lagi airnya.


3. Akhir sekali masukkan susu pekat manis. Sukatannya mengikut manis yang anda suka.


4. Garam dan marjerin juga dimasukkan secukup rasa.


5. Jika suka keju, boleh parutkan mengikut cita rasa. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN