Selalunya, kita makan ikan kering sepat dengan cara menggoreng. Kali ini RASA ingin tunjukkan cara lain bagi menikmati ikan kering sepat dengan lebih wow lagi.
Dengan cara masak begini, ikan kering sepat itu menjadi bagaikan sambal ikan kering. Anda bukan sahaja dapat menikmati ikan kering sepat itu tetapi turut dapat makan bawang dan cili kering yang ditumis. Jadi lebih sedap.
Jom kita lihat resipinya.
Ads
IKAN SEPAT TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
3 ekor ikan kering sepat
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Hiris bulat bawang besar.
2. Hiris halus bawang putih.
3. Potong-potong cili kering dan buang bijinya.
4. Ikan kering sepat dibasuh dan dipotong-potong.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ikan kering sepat.
6. Agak-agak separuh masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
7. Goreng lagi sehingga semerbak baunya.
8. Angkat dan sedia dihidang.
Ads
Tip: Cili kering boleh juga diganti dengan cili padi.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1. Buang biji rambutan dan isinya kita siat kecil-kecil. Boleh buang biji dengan kupas isinya dengan jari atau guna pisau kalau isi dia jenis tak lekang dari biji.
2. Potong cili seperti di dalam gambar. Bawang merah dan bawang putih tak payah potong. Kita nak tumis dia besar-besar begini. Oh ya, saya menggunakan penggesek cili cobek.
4. Cuci bersih dan keringkan ikan bilis. Kemudian, digoreng sampai garing dan rangup. Selepas itu, campak sekali dalam kuali dengan cili.
5. Bila bilis dah garing dan bahan lain tu dah lembut. Angkat dan toskan lebihan minyak. Rehatkan bahan ni. Biarkan ikan bilis tadi sejuk sedikit dan menjadi rangup. 6. Sekarang kita boleh gesek bahan-bahan ni guna cobek (tempat menggiling lada). Bilis tu akan berbunyi keriuk-keriuk bila digesek. Cili dan bawang akan dilenyek dengan mudah.
7. Jadilah macam ni! Kalau makan macam ni pun dah mengancam sebenarnya, tapi hero kita adalah rambutan. Jadi harap bersabar!
8. Satukan rambutan dan sambal gesek bilis tadi. Gaul semuanya sampai sebati. Saya cuba sedikit apa yang kurang. Bilis saya tak masin, jadi kena tambah garam.
9. Letak sedikit garam. Nak letak belacan pun boleh. Cencaluk atau budu pun boleh je. Itu semua sumber kaya dengan umami (rasa sedap yang nikmat). Baru sedap!
10. Akhir sekali, untuk seimbangkan rasa masin, manis, dan pedas tu, saya perahkan sebiji limau kasturi. Kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili padi lagi.
11. Siap! Benda ni, kalau ratah macam tu sahaja pun boleh. Manis dan pedas. Ada rasa lemak dari bawang putih yang kita goreng tadi, dan gurih ikan bilis. Makan dengan nasi pun sangat sedap!
Buah pelam muda memang sangat sedap kalau dimakan dengan kuah rojak. Begitu juga dengan buah lain misalnya nanas, sengkuang, pelam siam, jambu atau betik. Kuah rojak ni senang kata macam pelengkap kalau makan dengan buah yang masam. Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencecah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencecah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencecah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
BAHAN-BAHAN
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Sedapnya bila tengok Air Asam Ketagih perkongsian Cikgu Afy Al Habibini. Terasa keenakannya bila dicicah bersama aneka lauk pauk bakar dan rebus seperti ikan bakar, terung bakar, bendi celur dan sebagainya. Sangat membuka selera. Bagi anda yang suka makan nasi bersama air asam, resipi yang satu ni harus dicuba. Boleh buat stok dan simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak makan, tinggal ceduk sahaja.
RESIPI AIR ASAM KETAGIH
BAHAN-BAHAN BAKAR: 2 biji bawang merah 1 biji bawang besar Holland – beli online disini 1 biji tomato 3 ulas bawang putih 2 inci belacan – beli online disini
BAHAN LAIN: 1 biji lemon– ambil jusnya sahaja 3 tangkai cili padi hijau 3 tangkai cili padi merah 1 1/2 gelas air asam jawa(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) – beli online disini 1 sudu besar garam bukit – beli online disini 1/2 sudu besar gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan bahan-bahan bakar dan panggang dalam kuali.
2. Masukkan bahan bakar tadi ke dalam pengisar. 3. Tambahkan jus lemon, cili padi hijau, cili padi merah dan air asam jawa.
4. Tambahkan juga garam bukit dan gula perang.
5. Kisar semua bahan tadi hingga lumat. 6. Masukkan Air Asam ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
7. Untuk menghidangnya, ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.
8. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
NOTA: Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan. Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, air asam perlu terus menikmati air asam. Tidak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.