Cara Buat Homemade Chicken Wraps Yang Sedap & Mudah.

Share

Jom cuba buat Homemade Chicken Wraps ni. Hanya guna 3 cawan tepung gandum, boleh dapat 10 keping wraps ni. Kalau ada anak ramai, atau nak buat jamuan, boleh cuba resipi perkongsian saudari E-Mah Najmah ni. Memang jimat banyak berbanding yang dibeli. Mudah, sedap dan sangat berbaloi dicuba.

 

RESIPI HOMEMADE CHICKEN WRAPS

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak zaitun – boleh juga guna minyak sayur atau minyak masak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh baking powder – pilihan. jika tiada, boleh abaikan.

CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersesuaian. Tambahkan garam dan minyak. Gaul rata. jika guna baking powder, masukkan sekali.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit (hingga habis) sambil digaul. Uli seketika. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak melekat di tangan. Jika melekat masa uli, tambah sedikit tepung.


3. Uli doh hingga sebati dan rehatkan selama 10 minit. Kemudian bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulatkan menjadi doh kecil.


4. Canai doh tadi senipis yang boleh dan pastikan doh tidak koyak. Panaskan kuali non stick dan masak doh selama 1 minit bagi setiap bahagian. Jangan masak terlalu lama nanti wrap jadi garing dan tidak boleh digulung.

5. Untuk menyediakan Chicken Wrap, isikan dengan pelbagai inti kegemaran. Antara yang boleh diisi ialah isi yam yang digoreng tepung, salad, tomato dan perasakan dengan sos dan mayones.
6. Balut dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: E-Mah Najmah

IKLAN