Cara Buat Garlic Crunchy Paling Senang, Rangup, Tak Pahit & Tahan Lama.

Share

Makanan berasaskan halia dan bawang putih antara yang boleh membuang angin dalam badan. Untuk makan secara mentah, rasanya kurang enak. Jadi bolehlah hasilkan menu perkongsian saudari Murni Ja’afar seperti di bawah ni. Sangat ringkas, sedap dan tahan lama. Bawang putih dekat dapur pun tak akan jadi kecut. Jom cuba.

 

GARLIC CRUNCHY

 

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang putih – jumlah ikut sebanyak mana yang anda nak hasilkan
  • Air garam ( garam dilarutkan dalam air. Kemasinan ikut citarasa)
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Kupas bawang putih dan basuh bersih. Toskan.

2. Sagat bawang tadi nipis-nipis. Boleh juga dihiris menggunakan pisau.

3. Panaskan minyak dengan banyak dalam kuali.

4. Goreng hirisan bawang putih tadi guna api sederhana. Pastikan pandai mengawal suhu supaya bawang putih tidak berwarna gelap. Nanti rasanya pahit.

5. Sebelum bawang garing, masukkan 1 sudu teh air garam ke dalam minyak gorengan berisi bawang. Gaul rata dan masak hingga garing.

6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Murni Ja’afar

 

IKLAN