Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik

Share

Jom cuba buat cili jeruk homemade. Hidangan sampingan ni yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan nasi air, mi goreng, nasi goreng atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap dan tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni.

RESIPI CILI JERUK SEDAP & RANGUP

BAHAN-BAHAN:

Lada solok /cili hijau – jumlah ikut cita rasa (empunya resipi guna dalam 1.2-1.5kg)


Air secukupnya – untuk merendam
1/2 sudu makan kapur beli online disini
4-5 cawan air
2 cawan cuka beli online disini
5-6 sudu makan gula beli online disini
2 sudu teh garam beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Potong lada solok ikut jumlah yang diingini.


2. Kemudian rendam dalam air dan masukkan kapur makan. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tidak lembik nanti kekal rangup apabila dijeruk.


3. Kemudian tos bersih untuk membuang rasa kapur. Ketepikan.


4. Didihkan air dalam periuk kemudian padamkan api.
5. Masukkan hirisan lada dan kacau selama 30 saat. Ingat 30 saat sahaja. Kemudian segera buang airnya dan alirkan cili di bawah air paip.


6. Masukkan cili ke dalam bekas bersih.


7. Panaskan 4-5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Boleh lebih atau kurang bergantung pada kuantiti cili dan rasa.


8. Tak perlu tunggu mendidih. Bila sudah nampak gula dan garam larut, tutup api. Biarkan sejuk.
9. Bila sudah sejuk, tuang larutan cuka dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Pastikan air jeruk menenggelami lada.


10. Lada jeruk siap untuk dinikmati. Makin lama, makin sedap rasanya. Cara penyimpanannya cukup letak di luar (suhu bilik) sahaja.

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN