Cara Buat Chili Garlic Oil, Memang Sedap Dimakan Dengan Sup

Share

Bagi anda yang suka makan pedas, chili garlic oil ini memang wajib ada dalam peti sejuk anda. Bila nak makan, boleh ambil sahaja di dalam peti. Tak lengkap rasanya kalau tak makan pedas. Resipi yang dikongsi oleh Nana Ereena ini juga cukup mudah. Yang penting, nampak sedap. Cubalah sendiri di rumah nanti ya.

CHILI GARLIC OIL

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu besar lada hitam (beli online DISINI)
  • 1 1/2 labu bawang putih | dicincang (beli online DISINI)
  • 1 biji bawang merah | dicincang (beli online DISINI)
  • Segenggam cili padi merah | dicincang (beli online DISINI)

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dengan api perlahan.
  2. Masukkan lada hitam biji dan goreng dalam 5 minit. Kemudian keluarkan lada hitam. Lada hitam digunakan sekadar untuk ambil bau sahaja.
  3. Masukkan bawang putih yang dicincang. Masak dalam 30 saat.
  4. Kemudian, masukkan 1 biji bawang merah dan cili padi merah yang telah dicincang.
  5. Masak selama 20 hingga 30 minit.
  6. Tutup api. Sejukkan dan boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Boleh makan bila-bila masa.

 

Kredit resepi & foto: Nana Ereena

 

Anda sedang mencari PENGISAR? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN