Cara Buat Chicken Salad Paling Mudah & Sedap, Rasa Nak Makan Setiap Hari

Share

Siapa suka makan salad macam ni angkat tangan sikit. Hidangan ini sangat simple dan sesuai untuk anda yang menjaga diet. Lagi lama ayam ini diperap lagi enak rasanya. Nak lebih juicy rasanya, grill sekejap saja. Bila dah sedap macam ni rasa nak makan hari-hari.

Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nabihah Azhar.

 Chicken Salad

Bahan-bahan:

Isi ayam

Paprika

Black pepper-beli online di sini

Cajun

Tomato ceri

Telur rebus

Kewpie dressing

Cara membuat:

1.Ambil isi ayam. Potong kecil-kecil ikut suka hati bentuk apa pun.

2.Perap ayam dengan paprika, black pepper & cajun.

3.Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut citarasa masing-masing.

4.Hidang ayam grill tadi atas salad.

5.Tabur tomato ceri.

6.Letak telur rebus.

(cara rebus telur: biar air mendidih. Rebus selama 10 minit)

7.Akhir sekali, dressing dengan Kewpie dressing.

Kredit : Nabihah Azhar

Klik sini

IKLAN