Cara Buat Cekodok Pisang Gebu & Rangup

Share

Menu cekodok ni memang tidak akan ditolak kalau dihidangkan. Tak kiralah cekodok apa pun, berebut je makan. Tahu-tahu dah habis sepinggan. Nak buat cekodok pisang yang gebu dan rangup dan bulat-bulat rupanya, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Jejaka Brownie. Makan panas-panas , memang layan .

CEKODOK PISANG
Bahan-bahan:
Bahan1

  • 1 kg Pisang Berangan- ranum

Bahan2

  • 1 kg tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI
  • ½ sudu makan baking soda (wajib)-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 sudu makan baking powder-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 cawan gula (Ikut citarasa)
  • 1/3 sudu makan garam

Bahan 3
•Air (Mengikut kesesuaian adunan tapi jangan cair)

Bahan 4
•Minyak untuk menggoreng

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mango Baked Cheesecake

Cara memasak:
1. Lecek pisang tak perlu kisar halus dan timbang 1kg. (Bahan 1)
2. Lalu masukkan pisang yang dilecek tadi ke dalam (Bahan 2) campur hingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair tujuannya adalah untuk mendapatkan tekstur yang gebu dan bulat bila digoreng.


4. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti biar banyak.
5. Bila adunan tadi dah siap, basahkan kelima-lima hujung jari menggunakan air dan ambil sedikit adunan menggunakan teknik “jemput-jemput” lalu jatuhkan ke dalam minyak yang panas.

6. Goreng hingga perang.
7. Siap untuk dihidang.
Kredit: Jejaka Brownie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN