Cara Buat Biskut Susu Alien, Hanya Guna 4 Bahan. Anak-Anak Pasti Suka

Share

Biskut susu alien, antara biskut yang boleh menarik perhatian anak-anak anda kerana bentuknya yang comel dan berwarna-warni. Tak susah pun nak buatnya, hanya guna 4 bahan ini. Resipi yang dikongsi oleh Nafsiah Rahim ini ternyata mudah untuk dibuat. Jom cuba di rumah.

BISKUT SUSU ALIEN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cawan Buttercup
  • 1/2 tin susu pekat
  • 400gram tepung jagung
  • 4 sudu besar susu tepung

 

CARA MEMASAK:

1. Mula-mula, masukkan segala bahan ke dalam bekas.

2. Gaul hingga sebati dan tidak melekat.

3. Kalau rasa tak cukup lembut, tambahkan lagi 2 sudu besar butter.

4. Kemudian, bentukkan doh mengikut kreativiti.

5. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 165-170 darjah celcius selama 25-30 minit, bergantung pada oven masing-masing.

 

Selamat mencuba.

 

Kredit resipi & foto: Nafsiah Rahim

 

Jika anda mencari OVEN, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN