Cara Buat Biskut Roti Kering Homemade Guna Roti Sandwic

Share

Sedap kalau makan Roti

Kering ni sambil cicah Kopi O panas. Ada geng, sebungkus pun tak cukup. Kalau anda suka makan Roti Kering ni apa kata anda cuba buat sendiri secara homemade
. Resipi perkongsian saudari Ayu Watie ni memang mudah. Cubalah.

 

RESIPI BISKUT ROTI KERING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwic
  • Marjerin
  • Gula

CARA MEMASAK:

1. Ambil roti sandwic dan potong empat. Lakukan hingga habis.

2. Sapu marjerin dan tabur gula pada roti dengan secukupnya.

3. Susun dalam dulang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit.

4. Keluarkan, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Ayu Watie

IKLAN