Cara Buat Ayam Masak Kicap Kering Yang Enak. Confirm Licin Pinggan!

Share
Resipi Ayam Masak Kicap ni memang ada pelbagai cara masak. Ada yang suka berkuah dan ada juga suka yang kering. Kali ini, kami kongsikan cara buat Ayam Masak Kicap versi kering yang dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan. Katanya, lagi kering lagi sedap. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

AYAM MASAK KICAP KERING

BAHAN-BAHAN:
  • ½ ekor ayam
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 tangkai cili hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah ros
  • 1 inci halia
  • 3-4 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • ½ biji bawang Holland
  • Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau dipotong kasar lalu ditumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil supaya lebih cepat masak. Boleh juga gunakan bahagian lain seperti dada.
3. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kicap lemak manis. Jika tak suka manis, gunakan kicap lemak masin. Sentiasa gaul ayam.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Sos-sos ini membantu memekatkan kicap. Gaul hingga sebati.
5. Boleh tambah garam jika tidak masin. Biarkan kuah memekat. Boleh masukkan sedikit bawang Holland.
6. Bila kuah dah kering, boleh masukkan daun bawang atau apa sahaja daun yang ada di dalam peti sejuk. Barulah nampak lebih menyelerakan.
7. Siap dan sedia dihidang.
Kredit resipi & foto: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Asam Pedas Ayam Yang Enak & Menyelerakan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN