Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!

Share
Ayam Goreng 65 antara menu favourite kalau makan di kedai mamak. Makan dengan nasi dan kari, memang layan. Ramai juga cuba resipi ni di rumah tapi tak menjadi. Rupanya nak goreng pun ada caranya. Nak tahu caranya? Kali ini jom kita belajar cara memasak Ayam Goreng 65 mengikut resipi perkongsian Sheena Supramaniam.

AYAM GORENG 65 @ CHICKEN 65

BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN:
  • 2 sudu besar bawang putih & halia | dikisar
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis – beli online disini
  • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit – beli online disini
  • 2 sudu besar serbuk cili – beli online disini
  • 2 sudu besar serbuk cili kashmiri | optional
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk berisi ayam, masukkan semua bahan perapan ayam dan gaul sebati.
2. Tutup mangkuk dengan aluminium foil atau masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti sejuk. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dan maksimum semalaman. (Empunya resipi perap selama 4 jam)
3. Selepas perap, masukkan tepung jagung dan tepung beras.
4. Masukkan daun kari dan gaul sebati.
5. Panaskan minyak dan biarkan api kecil sehingga minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 minit.
6. Bila api sudah panas, masukkan ayam dan naikkan api kepada sederhana besar.
7. Selepas masukkan ayam, jangan kacau selama 2 minit. Kemudian, pusing sebelah lagi dan biarkan selama 2 minit. Ulang langkah ini untuk seminit atau 2 minit. Masa untuk masak ayam ini dalam 5 hingga 7 minit sahaja.
8. Angkat ayam dan perah sedikit limau nipis sebelum dimakan.
Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam
Mencari kuali non stick untuk menggoreng ayam? Boleh beli disini.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cuci Periuk & Kuali Guna Sabun Ni Je. Berkilat Macam Baru

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN