Cara Buat Agar-Agar Guna Jus & Kulit Buah Oren. Kaya Vitamin C & Tanpa Pewarna Serta Perisa Tiruan.

Share

Kanak-kanak yang sedang membesar pastinya kuat makan. Oleh itu sebagai ibu pastinya anda mahu beri yang terbaik buat anak-anak. Salah satu hidangan yang boleh dihasilkan ialah Agar-Agar Oren ni. Ianya menggunakan 100% buah oren asli dan tanpa pewarna serta perasa tiruan. Anda boleh cuba.

AGAR-AGAR OREN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji oren
  • 10gm serbuk  agar-agar
  • 1 liter air
  • 250ml jus perahan oren
  • 115gm gula

CARA MEMASAK:

  1. Belah buah oren kepada dua bahagian dan perah jusnya. Lakukan dengan berhati-hati agar kulit oren tidak koyak.
  2. Buang lebihan selaput pada kulit oren dan ketepikan seketika.
  3. Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih. Kemudian campurkan jus oren. Kacau hingga rata.
  4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam kulit oren. Sejukkan.


Info chef: Selain oren, boleh juga menggunakan buah-buahan lain seperti tembikai atau lemon.

IKLAN