Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Melaka Ikut Sukatan Cawan. Makan Ketika Sejuk Memang Sedap

Share

Sudah lama teringin nak membuat agar-agar cendol gula melaka ni. Nampak gambarnya cukup tertarik pasti sedap dan lemak manis.Tak boleh tahan lagi nak tunggu hari minggu. Kuih ini kena betul-betul sejuk, baru cantik bila dipotong. Ummmph, makan sejuk-sejuk best.

Agar-agar cendol gula melaka
Lapisan cendol
10gm agar-agar tali
3 cawan air
1 cawan gula


1 kotak kecil santan kara-BELI ONLINE DI SINI
secubit garam

Lapisan atas
10gm agar-agar tali
4 cawan air
1/2 cawan gula melaka /gula merah -BELI ONLINE DI SINI
sehelai daun pandan
*Agar-agar sepaket 20gram dipotong 2. Saya guna gula merah.gula melaka.Cendol ditapis dulu kemudian toskan

Cara memasak:


1. Masak tiga cawan air,agar agar, daun pandan bagi larut. Kemudian masukkan gula,santan.garam dan juga cendol. Kacau sampai mendidih tutup api.Keluarkan daun pandan.


2.Loyang 9×9 renjis sikit air pada loyang dulu. tuangkan agar- agar tadi. Sejukkan

.


3. Masak agar-agar, 3 cawan air, masukkan daun pandan. Masak hingga larut agar-agar.


4. Masuk 1/2 cawan gula melaka atau gula merah, kacau sampai mendidih. Tutup api.


5. Cakar dulu permukaan lapisan cendol begini.


6. Tuangkan lapisan gula melaka ke atas lapisan cendol.


7. Sejuk dulu di luar lebih kurang ½ jam. Kemudian baru masuk peti sejuk.


8. Bila dah sejuk bolehlah potong buat hidangan minum petang.
Selamat mencuba.

Kredit resipi: Aishah Ismail

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI

https://www.rasa.my/tak-berkunjung-ke-mana-pun-makanlah-maruku-rangup-kat-rumah-cuti-deepavali-ini/

IKLAN