Cara Buat Acar Buah Yang Mudah & Sedap!

Share

Siapa suka makan acar buah? Bila gigit rasa masam-masam manis tu, sedap sangat kan. Tapi biasanya dapat makan acar buah waktu kenduri saja.

Buat mereka yang teringin nak makan acar buah, boleh buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan Rozita Daud ini. Makan dengan nasi panas-panas pun layan

Sangat mudah dan sekejap saja untuk disediakan. Jom kita cuba!

 

ACAR BUAH @ ACAR TAHUN

BAHAN-BAHAN:

15-20 biji lada kering | dikisar – beli online di sini
5 sudu besar serbuk kari daging – beli online di sini


½ cawan cuka masak – beli online di sini
10 biji bawang merah – beli online di sini
15 ulas bawang putih – beli online di sini
Buah campur (saya beli 4 jenis buah campur warna warni)
Jeruk buah belimbing buluh (saya buat sendiri)
Gula & garam secukupnya

Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak dah panas, masukkan cili yang dikisar.
2. Tumis sampai pecah minyak baru, masuk serbuk kari dan cuka. Gaul sampai likat.


3. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali sambal tadi.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Perlahankan api, masukkan gula dan garam ikut kuantiti bahan. Rasa dah okay, gaul dalam 15 minit dengan api perlahan je.
5. Masukkan buah-buah campur. Gaulkan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Untuk jeruk buah belimbing buluh, saya buat sendiri di rumah. Nak betul-betul menjadi ambil masa sebulan.
7. Saya rendam buah belimbing buluh dengan air gula likat dan jeruk sampai kecut. Bila dah sebati, buang air dan jemur sampai kering.


8. Masuk semua buah atas tadi dan gaul macam dalam gambar. Gaul kejap je dah rata, boleh tutup api.

Kredit resipi: Rozita Daud

Jom sertai kelas memasak online biskut kudap kudap secara PERCUMA di link https://toko.ideaktiv.com/product/biskut-kudap-kudap/ atau imbas sahaja QR code di poster. 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN