
Biasa dalam peti sejuk di rumah mesti ada terselit di bahagian rak baki limau nipis atau limau purut yang kecut dan kering. Guna sehiris kemudian baki tak tahu nak simpan macam mana jadi kita letak begitu saja dekat rak peti sampai kecut.
Lepas ini boleh guna cara yang dikongsi oleh Yatie Eimra untuk simpan baki limau yang tak habis digunakan. Harga limau pun mahal, rugi kalau dibiarkan kering macam tu saja.
Cara simpan limau nipis supaya tak kecut dan membazir
Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ni lak untuk elak pembaziran.
Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer begini sebab tahan lama & tak membazir. Caranya;
- Lepas potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali juga. Lagi mudah kalau buang biji terus.
- Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejuk beku).
- Bila nak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna & biarkan kejap pada suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam kejap dalam air panas sebelum guna. Setel.
Baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu, saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Semoga bermanfaat
Sumber: Yatie Eimra
Cara Mudah Tanam Pokok Daun Kesum Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan

Daun kesum merupakan antara daun yang sering digunakan untuk memasak hidangan seperti asam pedas, laksa atau sebagai ulaman nasi kerabu. Kebiasaannya, jangka hayat daun kesum ini tidak lama dan cepat kering jika tidak betul cara penyimpanannya.
Untuk mengelakkan pembaziran, apa kata kita cuba tanam sendiri daun kesum di rumah. Hanya guna tiga bahan, jom kita ikuti perkongsian dari Ahmad Syamil Abdullah tentang cara menanam pokok daun kesum tanpa menggunakan tanah. Hasilnya memang buat anda puas hati!
CARA MUDAH TANAM POKOK DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- Span
- Polisterin
- Air
CARA-CARA MENANAM:
1. Cucuk ranting daun kesum pada span
2. Kemudian, letakkan di atas polisterin dan atas air. Polisterin bertujuan untuk bagi daun ini terapung di dalam air. Tak perlukan tanah pun.
3. Akar yang tumbuh di atas air.
4. Pokok daun kesum tumbuh dengan subur. Mudah kan? Tak perlu tanam guna tanah. Selamat mencuba!
Jika anda memerlukan BARANGAN SEGAR, boleh cari DISINI.
Sumber: Ahmad Syamil Abdullah
Baca juga artikel lain di sini:
Anda boleh mencuba resipi ini di rumah:
Jenis-Jenis Makanan Yang Tidak Patut Masak Guna Slow Cooker.

Memang benar Slow Cooker ni kita boleh masak macam-macam hidangan seperti stew, sup, bubur nasi dan sebagainya. Memang memudahkan kerana anda perlu masukkan segala bahan ke dalam periuk, set masa dan biarkan sahaja masak. Jika anda seorang yang gemar bawa bekal ke pejabat, masak lauk guna periuk ni memang bagus. Esok pagi, bila bangun, lauk anda dah tersedia. Namun kena ingat, tidak semua makanan sesuai dimasak menggunakan periuk ni. Antara yang TAK SESUAI ialah:
1. Santan & Tenusu

Jika lauk anda mengandungi bahan seperti santan atau bahan tenusu seperti susu, krim, keju, yogurt dan sebagainya, agak tidak sesuai masak menggunakan periuk ini kerana ia hanya akan membuatkan masakan anda pecah minyak serta bahan-bahan tenusu tu berketul. Tak sedap la nanti. Hmm…
2. Kuskus

Kuskus ni masak guna periuk biasa pun mudah masak. Tak perlu guna slow cooker. Jika anda masak juga, hasilkan nanti hidangan kuskus anda akan menjadi lembik dan tidak menyelerakan. Membazir tau.
3. Nasi
Kalau periuk nasi anda rosak, adalah lebih baik masak nasi dengan menggunakan dapur gas atau microwave sahaja. Masak nasi dengan slow cooker memang tak menjadilah melainkan anda nak masak bubur. Jangan cuba-cuba. Menyesal nanti tau.
4. Pasta

Jika anda suka layan resipi mat salleh, pasti pernah jumpa resipi Lasagna yang dimasak menggunakan slow cooker. Memang menjadi namun teksturnya tidak seindah dan secantik lasagna yang dimasak menggunakan ketuhar. Lasagna slow cooker kelihatan lebih lembap dan berkuah. Nampak macam kurang sedap je.
5. Isi Dada Ayam
Periuk jenis ini juga tidak sesuai untuk memasak isi dada ayam kerana proses memasak yang lama hanya akan menjadikan isi ayam keras, kering dan pejal. Jika ingin memasak hidangan isi ayam jenis ini adalah lebih baik menggunakan teknik goreng, panggang atau rebus. Pilihan terbaik adalah menggunakan bahagian ayam bertulang yang telah dibuang kulitnya.
6. Daging Mentah
Sebaiknya, panggang atau rebus seketika kepingan daging mentah sebelum dimasukkan ke dalam periuk slow cooker bagi mendapatkan hidangan yang enak, berperisa dan tidak hamis. Ia berbeza dengan isi ayam yang anda boleh masukkan terus sahaja ke dalam periuk ini.
7. Sayuran Lembut
Jangan sesekali memasukkan sayur-sayuran lembut seperti sayuran berdaun, tomato, kacang, asparagus dan sebagainya diawal masakan. Ini kerana proses memasak menggunakan periuk ini adalah lama. Haba yang terhasil pastinya akan menjadikan sayuran anda lembik dan hancur. Jika perlu menambahkannya,masukkan sayur-sayuran disaat-saat akhir proses memasak supaya khasiat serta bentuk sayuran boleh dikekalkan. Hanya sayur-sayuran yang keras seperti ubi kentang, lobak merah dan kubis adalah antara yang sesuai jika dimasukkan awal.
8. Makanan Laut
Makanan laut ni tak lama pun masa penyediaannya. Jika anda ingin menyediakan Sup Udang, Asam Rebus Sotong atau Asam Pedas Salmon, sebaiknya guna sahaja periuk dan dapur gas biasa. Kerana jika dimasak lama, dikhuatiri udang, sotong dan salmon akan menjadi keras, liat dan kurang enak.
Ini Perbezaan Rempah Ratus & Ramuan Masakan, Jangan Keliru Ye!

Apa bezanya rempah ratus dan ramuan masakan? Bunyi macam sama, kadang-kadang kita guna kedua istilah ini untuk maksud yang sama, rempah ratus disebut bahan penumis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila diteliti semula baru sedar bahawa ia dua perkara yang berbeza kalau dilihat jenis dan fungsinya dalam masakan. Bagi mengetahui perbezaan ini dengan lebih jelas, anda perlu baca penjelasan di bawah ini.
Istilah
Bahan ramuan masakan atau disebut juga bumbu, adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili daun kunyit, daun kari dan daun limau purut. Ia dikenali juga sebagai bahan asas dalam masakan dan diguna sebagai penyedap masakan. Sementara rempah ratus adalah bahan yang mempunyai aroma yang kuat, contohnya kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, lada hitam dan beberapa lagi. Ia tidak termasuk sebagai bahan asas dalam masakan kerana masakan tertentu sahaja ,menggunakan rempah ratus. Selain digunakan untuk tujuan masak, sebahagian rempah ratus juga boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan kesihatan.
Jenis:
Ramuan masakan ada dua jenis iaitu yang basah dan kering. Yang dikatakan bahan basah termasuklah bahan segar, sama ada yang dikisar atau dihiris halus dan sifatnya tidak tahan lama. Ia boleh tahan hingga seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sementara jenis kering adalah segar yang telah dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk kunyit dan boleh disimpan lebih lama, daun kari atau salam yang dikeringkan. Berbeza dengan bahan penumis, rempah ratus dijual dalam bentuk kering dan juga telah dijadikan serbuk untuk memudahkan penggunaannya.
Penggunaan
Ramuan masakan sangat penting dalam masakan kerana ia adalah bahan asas yang memberikan rasa pada makanan dan wajib ada dalam masakan. Sementara rempah ratus dimasukkan dalam masakan tertentu seperti kari dan sebahagian masakan yang bertumis dan memerlukan rempah ratus untuk membangkitkan aroma. Ia juga boleh digabungkan dengan bahan ramuan masakan dalam mendapatkan rasa yang lebih sedap.