Cara betul simpan kacang tanah supaya tak cepat tengik dan berkulat
Kacang tanah banyak kegunaan dalam masakan, sebab itu ia sentiasa disimpan di dapur. Bila nak masak, boleh terus guna.
Tapi masalah selalu berlaku kacang tanah yang disimpan ini cepat berbau tengik atau berkulat. Puncanya? Kacang tanah tidak disimpan dengan cara yang betul.
Nak kacang tanah tahan lebih lama, tak mudah rosak, tak berbau hapak dan tak berkulat? Ikut tip mudah di bawah ini:
Pilih Kacang Tanah Berkualiti
Pilih kacang tanah yang elok, kering sempurna, ringan, warna sekata dan tiada bintik hitam.
Jangan Simpan Terlalu Lama
Sebaiknya, kacang tanah disimpan tidak lebih daripada 3 bulan. Kalau nak tahan lama, perlu simpan ikut cara betul dan pastikan persekitaran kering.
Guna Bekas Kedap Udara
Simpan dalam bekas bertutup rapat atau kedap udara supaya kacang terlindung daripada lembapan dan serangga seperti semut atau kutu.
Simpan Dalam Peti Sejuk
Untuk jangka masa lebih panjang, simpan kacang tanah dalam bahagian sejuk kering peti sejuk. Ini membantu mengelakkan pertumbuhan kulat dan bau tengik akibat cuaca panas atau lembap.
Keringkan Dengan Oven
Jika beli kacang tanah mentah, boleh keringkan dulu dalam oven suhu sederhana selama beberapa minit. Ini bantu keluarkan lebihan lembapan dan kacang tahan lebih lama.
Kredit info: Cangcomak
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA