
Cara Betul Simpan Daging Supaya Kekal Segar, Tak Rosak & Tahan Berbulan. Bila dapat daging yang banyak atau beli daging segar, ada cara simpan yang betul supaya daging segar kekal tahan lama, tidak rosak dan tidak tercemar dengan bakteria.
Ramai yang terus memasukkan daging ke dalam freezer tanpa cara penyimpanan yang betul. Sebenarnya, teknik penyimpanan memainkan peranan penting untuk memastikan kualiti, rasa dan tekstur daging sentiasa elok walaupun disimpan berbulan-bulan.
Ikut cara betul simpan daging ini supaya kekal segar, tak rosak, tahan berbulan dan selamat dimakan.

1. Jangan Basuh Daging Segar Sebelum Disimpan
Mula-mula pastikan TIDAK membasuh daging sebelum disimpan. Ini kerana membasuh daging mentah boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan daging cepat busuk.
Selain itu, percikan air daripada daging mentah juga boleh menyebabkan pencemaran silang pada sinki dan permukaan dapur.
Cuci hanya apabila hendak dimasak.
Jika ada kotoran atau darah, hanya perlu bersihkan menggunakan tisu dapur atau lap kering.
2. Potong Daging Mengikut Saiz Hidangan
Selepas itu, potong daging kepada saiz kecil mengikut hidangan masak dan bungkus dalam kuantiti kecil seperti 1/2 kilogram atau 1 kilogram.
Teknik ini memudahkan proses pengambilan apabila mahu memasak dan mengelakkan proses nyahbeku berulang kali yang boleh merosakkan tekstur serta kualiti daging.
Selain itu, daging juga lebih cepat beku dan mudah disusun dalam freezer.
3. Gunakan Bekas Kedap Udara
Kemudian, bungkus daging menggunakan plastik ziplock atau bekas kedap udara.
Kaedah ini penting untuk mengelakkan freezer burn iaitu keadaan daging menjadi kering, keras atau bertukar warna kehitaman selepas terlalu lama disimpan.
Bekas kedap udara juga membantu mengelakkan bau hanyir merebak ke dalam peti sejuk.
4. Asingkan Tulang dan Organ
Jika ada bahagian lain seperti tulang atau organ dalaman selain isi daging, pastikan semuanya dibungkus secara berasingan.
Ini memudahkan penyimpanan dan mengelakkan pencemaran bau antara bahan mentah.
5.Tulis Tarikh Simpanan Pada Bungkusan
Selepas membungkus, tulis tarikh simpanan pada setiap bungkusan.
Langkah ini penting untuk memantau tempoh kesegaran dan memastikan daging digunakan mengikut turutan penyimpanan.
Walaupun daging boleh tahan lama dalam freezer, penggunaan dalam tempoh yang sesuai membantu mengekalkan rasa dan tekstur terbaik.

6.Simpan Dalam Chiller Dahulu Sebelum Freezer
Paling penting, sebelum disimpan di dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di ruang chiller peti ais selama kira-kira 4 hingga 5 jam.
Selepas daging benar-benar sejuk, barulah dipindahkan ke ruang sejuk beku.
Kaedah ini membantu menstabilkan suhu daging dan mengurangkan pembentukan kristal ais berlebihan yang boleh merosakkan struktur daging.
7.Susun Daging Di Bahagian Dalam Freezer
Akhir sekali, simpan dan susun bungkusan daging di bahagian dalam freezer, bukan di pintu peti sejuk.
Anda mungkin berminat dengan
Bahagian pintu sering mengalami perubahan suhu kerana kerap dibuka dan ditutup. Suhu yang tidak stabil boleh menyebabkan daging cepat rosak.
Dengan penyimpanan yang betul, daging boleh kekal segar, tahan berbulan-bulan dan lebih selamat untuk dimasak.
Simpan daging menggunakan cara ini bagi membantu mengelakkan pembiakan bakteria serta mengekalkan kualiti daging untuk tempoh lebih lama.
Selamat Mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

