Cara Bancuh Tepung Untuk Masak Cempedak & Pisang Goreng Sedap.

Share

Nak makan cempedak atau pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat makan. Tepung salut rangup pulak tu. Memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras

dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!

 

CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus tepung beras cap gajah
  • 5 sudu makan tepung ubi
  • 2 biji telur – dipukul
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu teh garam
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit air kapur
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.

2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.

3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.

4. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Surianti Abd Aziz

IKLAN