Cara Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.

Share

Adunan Lempeng yang sempuran akan menghasilkan hasil yang sedap dan gebu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama madu ataupun sambal tumis. Namun ramai yang kurang tahu cara-cara nak adun lempeng ni.  Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi dan panduan perkongsian saudari Kaseh Sery

ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.

 

LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 senduk tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil mauripan
  • 2-3 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 2-3 cawan air
    (adunan tak cair & tak pekat sangat)

 

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.


2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.


3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.

 

Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.

 

Kredit resipi & foto: Kaseh Sery

 

CUBA JUGA RESIPI-RESIPI INI:

IKLAN