Cantonese Dry Fried Prawn, Ni Resipi Halalan Thoyyiban

Share

Masakan Cina memang sedap dinikmati, namun kebanyakan resipi asalnya menggunakan wain beras atau dry sherry. Tapi resipi yang dikongsikan oleh Fatin Damia ni sah sahlah halalan toyibban.

Rasanya tetap mantap dan sedap, boleh buat kat rumah dah terjamin kebersihan dan kehalalannya. Jom semak resipi Fatin Damia yang juga dikenali sebagai kakak cantik.Udang tu pun nampak cantik aje atas pinggan hehehe.

CANTONESE DRY FRIED PRAWN



.

BAHAN-BAHAN :

  • 20 – 25 ekor udang sederhana besar
  • 1 sudu besar bawang putih (cincang halus) – beli online DI SINI
  • 1/2 sudu besar halia muda (cincang halus) – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar sos tiram – beli online DI SINI
  • 1 sudu kecil minyak bijan – beli online DI SINI
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa – jika suka

CARA MEMASAK :
1. Grill dahulu dahulu udang sebentar dengan sedikit minyak dan ketepikan.


2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia.
3. Masukkan sos tiram diikuti minyak bijan.
4. Kemudian masukkan udang, gaulkan dan biarkan tumisan sebati dengan udang

5. Perasakan dengan garam dan gula, sos tiram dah masin jadi garam sedikit sahaja.
6. Sajian siap dihidang


.

Kredit Resipi & Foto : Fatin Damia

 

INGIN MENCARI KUALI NON STICK UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM BELI ONLINE DI SINI

ANDA  MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

 

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

IKLAN