Cantiknya Kejadian Kuih Serabai, Cicah Pula Serawa Durian. Padu Rasanya!

Share

Sedapnya kuih serabai cicah serawa durian. Sememangnya gandingan padu! Dinikmati pula ketika minum petang. Syahdu habis, dalam tak sedar dah berapa keping layan serabai.

Buat kuih serabai ini mudah saja. Bahan-bahan pun tak banyak. Cuma, perlu cari durian untuk membuat serawa durian. Ikuti perkongsian resipi mudah daripada Qaseh Aisyah Linda ini. Jom kita buat.

KUIH SERABAI

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras – Boleh beli online di sini

1 cawan nasi sejuk

1 cawan air

½ cawan santan – Boleh beli online di sini

Garam secukup rasa – Boleh beli online di sini

(BAHAN YIS)

1 sudu kecil yis mauripan* – Boleh beli online di sini

1 sudu besar gula*

1 cawan air suam*

CARA MEMASAK:

Kisarkan nasi sejuk dengan air sehingga halus. Kemudian, masukkan tepung beras, garam dan santan. Satukan kesemua bahan tersebut.

Satukan semua bahan-bahan yis yang bertanda * di atas. Kemudian tutup. Biarkan sehingga yis naik.

Setelah yis cukup naik, masukkan ke dalam adunan tepung beras tadi.  Kacau rata.

Kemudian, simpan dalam bekas yang tertutup selama 2 jam sehingga adunan kembang cantik.

Oleskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian, tuang adunan ke dalam acuan atau pan. Tutup pan dengan penutup periuk sehingga dapat adunan berlubang-lubang. Biarkan adunan masak sekata. Buat nipis-nipis saja.

SERAWA DURIAN

BAHAN-BAHAN:

Santan – Boleh beli online di sini

Durian 

Garam secukup rasa

Gula melaka – Boleh beli online di sini

Air secukupnya

Daun pandan 

Masukkan air masak secukupnya. Kemudian, masukkan isi durian.

Masukkan gula melaka dan daun pandan yang telah disimpul.

Setelah gula melaka cair, masukkan santan beserta garam secukup rasa. Masak sehingga kuih sedikit pekat.

Siap. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Qaseh Aisyah Linda

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN