Butter Cookies tiga bahan ini sesuai sangat kalau nak buat sendiri biskut raya sempena menyambut Aidiladha hujung minggu ini.
Cara membuatnya sangatlah mudah begitu juga bahan-bahannya. Semua dah ada di dapur rumah.
250gm mentega
80gm gula castor
200gm tepung gandum
Piping bag
Nozzle
1. Mentega sejuk dari peti ais, potong kiub kecil.
2. Tuang gula, mixer sebati.
3. Masukkan pula tepung sedikit-sedikit sambil gaul sebati dapat adunan yang lembut.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag tekan/picit adunan. Bentuk nozzle ikut kesukaan masing-masing.
5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu, bakar pada suhu 170 selama 20 minit atau hingga masak. Butter cookies tiga bahan siap!
Kredit resipi & foto: Julia Aleen Aireish
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA