Bulgogi Cendawan Shiitake. Resipi Daging Ala Korea Paling Mudah & Sedap

Share

Wow… Bulgogi Cendawan Shiitake ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Sesekali hiding menu ala Korea ni, pasti membuka selera. Menurut empunya resipi Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, resipi ini sangat mudah dan versatil. Malah bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak dan mudah didapati. Rasa hidangan ini cukup dengan masin, manis dan pedas. Ada juga rasa masam yang boleh buat kecur liur. Sedapnya! Sekali masak, cukup untuk sajian 2-3 orang makan. Jom cuba. Anda pasti suka akan rasanya.

 

CARA MASAK BULGOGI BERSAMA CENDAWAN SHIITAKE

BAHAN-BAHAN:
250gm daging
4 ulas bawang putih beli online disini
2 keping halia
1 pokok daun bawang
1-2 sudu empingan cili (chili flakes) beli online disini


1 sudu besar pes tomato 
1 sudu besar cuka beli online disini
2-3 sudu besar kicap cair beli online disini
1 genggam cendawan shiitake beli online disini
1-2 sudu minyak bijan beli online disini
2 sudu bijan (disangai) beli online disini
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Daging dihiris jadi kepingan nipis. Untuk mudah dipotong, hiris nipis dahing sebelum nyahbeku sepenuhnya dengan menggunakan pisau tajam.

2. Lumatkan halia dan bawang putih hingga jadi pes. Boleh cincang atau guna pengisar. Dalam masakan, dua bahan ini penting untuk memberi aroma segar.

3. Tumis pes bawang putih dan halia tadi.

4. Kemudian masukkan daging. Tumis lagi bersama pes tadi menggunakan api besar.

5. Bila daging sudah bertukar warna, masukkan kicap cair.

6. Kemudian masukkan empingan cili. Kalau tidak ada empingan cili, boleh kisar cili kering dengan pengisar kering. Boleh juga guna cili kisar. Yang penting ada rasa pedas.

7. Masukkan pes tomato. Pes ini bukan untuk beri rasa masam, tapi untuk beri rasa umami. Tomato kaya dengam monosodium glutamate. Ia boleh menjadikan masakan rasa lebih sedap.

8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau nampak masakan ni terlalu kering boleh masukkan air sedikit.

9. Rendam cendawan shiitake hingga lembut. Kemudian buang tangkai dan hiris halus. Masukkan dalam kuali.

10. Potong daun bawang kasar-kasar dan masukkan dalam kuali. Goreng kilas. Penggunaan daun bawang memberikan rasa segar pada masakan ini.

11. Seterusnya masukkan sedikit cuka untuk beri sedikit rasa masam yang menyegat. Tak usah letak banyak. Tambah sedikit dahulu dan rasa. Kalau tak cukup, tambah lagi.

12. Tabur bijan yang telah disangai dengan secukupnya.

13. Renjis minyak bijan secukupnya. Sedia untuk dihidang.

INFO: Kalau mahu rasa yang lebih sedap, perap daging bersama dengan semua bahan dan barulah goreng kilas semuanya. Bulgogi ni boleh dipanggang atas bara api, atas plat pemanas atau guna kuali rata.

Kredit resipi & foto: Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN