
Mi wantan adalah sejenis mi yang boleh dimasak pelbagai jenis hidangan. Tapi lazimnya mi wantan hanya dicelur dan dituangkan sos. Hidangan ini sebenarnya lebih menyihatkan kerana tak guna minyak masak pun. Mi wantan ni, banyak guna kicap. Nak dapatkan rasa mi wantan sebenar, tambah minyak bijan dan sos ikan. Baru macam asli rasanya. Jom buka puasa dengan mi wantan.
MI WANTAN
BAHAN-BAHAN
1 ketul mi wantan
Sayur baby pokchoi
1 dada ayam siap gril (dihiris nipis)
Sayur baby pokchoi
BAHAN SOS
1 sudu sos soya cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos ikan
CARA MEMASAK
1. Rebus mi wantan dan sayur sampai masak. Angkat dan basuh dengan air bersih sehingga sejuk dan toskan.
2. Satukan semua bahan sos mi wantan dalam mangkuk. Masukkan mi wantan dan gaul sehingga bersalut semua bahagian.
3. Masukkan dalam pinggan dan letakkan ayam, sayur, telur rebus (jika suka) dan hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Murtabak Maggi Paling Mudah, Campur-Campur Je Dah Siap

Terasa nak makan Murtabak Maggi? Nah… Ni ada resipi yang sangat mudah yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Murtabak Maggi ini anda boleh olah menggunakan apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk. Nak guna daging, ayam, udang, isi ikan. Semuanya boleh. Jika tiada, nak letak sosej, crabstick, fishball atau fishcake pun tidak mengapa. Sedap juga rasanya.
Paling penting, kena ada telur yang cukup. Jika telur tidak padan dengan mi segera, bentuknya akan jadi tidak cantik dan mudah hancur. Tak jadilah bentuk murtabaknya.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti A’isah Bt Sardi ni. Oh ya..kalau anak-anak tak makan pedas, gunalah mi segera berperisa ayam atau jika nak lebih menyengat, boleh letak hirisan cili padi. Pasti padu!
CARA MASAK MURTABAK MAGGI PALING SEMPOI TAPI SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 4 bungkus mi segera perisa kari – beli online disini
- 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
- 1 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
- 1 batang lobak merah – potong dadu
- Hirisan daun sup – boleh letak cili hiris
- Isi ayam – potong kecil (nak letak daging atau udang pun boleh)
- 4 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air, celur mi segera hingga lembut. Kemudian buang air dan toskan.
2.Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan di atas (kecuali telur).
3.Masukkan perencah mi segera kemudian gaul sehingga sebati. Pastikan perench tidak berketul.
4.Masukkan telur dan gaul sebati.
5.Panaskan kuali leper atau pemanggang ajaib kemudian masak mi segera tadi guna api kecil hingga masak.
6.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Siti A’isah Bt Sardi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL

BAHAN-BAHAN :
- 200gm bebola sotong
- 20ml kicap cair
- 20gm bawang holland
- 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
- 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 40gm nenas | dipotong dadu
- 60ml sos tomato
- 60ml sos cili
- 10gm serbuk lada hitam
- 100ml minyak jagung
- 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
- Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
- Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
- Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE

BAHAN-BAHAN :
- 320gm corned beef
- 10gm keju cheddar
- 40gm keju mozarella
- 60gm tomato pronto
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10gm bawang putih | dicincang halus
- 80ml susu segar
- 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
- 4gm parsli Inggeris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
- Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
- Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
- Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
- Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
- Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
- Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
- Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL

BAHAN-BAHAN :
- 20gm baby bayam
- 20gm cili benggala merah | didadu besar
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 40ml minyak zaitun
- 60gm jejari ketam | dikisar kasar
- 10ml jus lemon
- 60gm mentega
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
- Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
- Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
- Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
- Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO

BAHAN-BAHAN :
- 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
- 200gm beras risotto
- 10gm saderi | dicincang halus
- 20gm kacang pis
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10ml minyak zaitun
- 2gm parsli Inggeris
- 20gm asparagus | dipotong
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
- Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
- Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE

BAHAN-BAHAN:
- 180gm bebola daging
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 10gm paprika
- 4gm lada hitam
- 20gm pes tomato
- 20gm saderi
- 20ml minyak jagung
- 320gm pasta tagliatelle
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
- Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
- Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD

BAHAN-BAHAN:
- 240gm sosej daging lembu
- 20gm bawang holland | dihiris bulat
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
- 6 biji roti ciabatta
- 10ml minyak zaitun
- 6gm zaitun hitam
- 20gm tomato | dicincang halus
- 10gm campuran salad
- 2gm lada hitam
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
- Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
- Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
- Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.

RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Laksa Mi Turun-Temurun Pantai Remis


Laksa Mi, terkenal di kawasan sekitar Pangkor dan Pantai Remis, Perak. Ia bukan laksa dan juga bukan sejenis mi goreng yer puan-puan.
Menerusi perkongsian daripada Che Nolly ini, terdapat tiga bahagian yang disediakan iaitu laksa mi, sup dan sambal serta sayur goreng.
RESIPI CARA BUAT LAKSA MI PANTAI REMIS

BAHAN UTAMA
Laksa Mee/ Mee Teow

CARA MASAK:
Rebus sehingga mee menjadi lembut. Kemudian tapis dan lalukan di bawah air sehingga mee menjadi sejuk sedikit.

BAHAGIAN SUP:
Ketam/ Udang / Ikan
1 biji bawang merah besar | dimayang
4 ulas bawang putih | dihiris nipis – beli online di sini
2 asam keping – beli online di sini
Daun sup | dihiris halus
Garam (secukup rasa) – beli online di sini
Serbuk secukup rasa Maggi
Minyak masak – beli online di sini
Air secukupnya
TONTON Makan Di Mana Ep16: Sekali Pekena Gerenti Tersandaq
TONTON CCJ EP 2: Parpu Telur Puyuh & Bingka Telur Berempah

CARA MASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah besar dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan air mengikut kuantiti sup yang diperlukan. Masukkan ketam / udang atau ikan. Biarkan sehingga sup mendidih.
3. Masukkan asam keping, garam dan secukup rasa Maggi.
4. Akhir sekali, masukkan daun sup. Biarkan sup mendidih dan masak sepenuhnya.

BAHAGIAN SAMBAL TUMIS DARAT:
Cili kering kurang pedas | direbus & dikisar sehingga halus – beli online di sini
1 biji bawang merah besar |dimayang – beli online di sini
11 ulas bawang putih | dipotong nipis – beli online di sini
Garam (secukup rasa)
Cuka (secukup rasa) – beli online di sini
2 inci belacan – beli online di sini
Minyak masak
Serbuk secukup rasa Maggi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MASAK
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan cili yang telah dikisar bersama belacan. Masak cili kisar sehingga pecah minyak (guna api sederhana).
2. Masukkan sedikit garam dan serbuk secukup rasa Maggi. Kacau sebati dan biarkan sehingga sambal masak sepenuhnya.
3. Sediakan kuali, panaskan 2 senduk minyak. Goreng bawang merah yang dimayang halus dan bawang putih dipotong nipis tadi sehingga kekuningan dan sedikit garing.

4. Masukkan kesemua bahan goreng termasuk minyak ke dalam sambal cili yang dimasak tadi.
5. Kemudian masukkan sedikit cuka mengikut masam yang diinginkan (rasa terlebih dahulu)
6. Akhir sekali kacau sebati dan tutupkan api.

BAHAGIAN SAYUR GORENG
Kacang buncis | dipotong nipis
Lobak merah | dipotong dadu kecil – beli online di sini
Lobak masin/manis |dicincang halus
1 biji bawang merah besar |dimayang – beli online di sini
4 ulas bawang putih | dihiris nipis – beli online di sini
Garam (secukup rasa)
Serbuk secukup rasa Maggi
Minyak masak
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Makan Di Mana Eps 14: Malas Nak Masak? Order Je Makan Dari Daporoy_

CARA MASAK
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan kacang buncis, lobak merah dan lobak masin/manis.
3. Masukkan garam dan serbuk secukup rasa. (Rasa terlebih dahulu)
4. Boleh tambahkkan sedikit kicap manis/ fish cake sekiranya anda suka.

*Tips untuk lebih sedap, laksa mi ini dimakan menggunakan tangan.
Kredit resipi: Che Nolly
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Gulai Taucu Ikan Bilis Resipi Orang Lama, Lemak Masin Cukup Rasa
Makan Licin Sampai Ke Tulang. Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Ni Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


