Bihun atau Mi Celup ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
Ads
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Ads
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Mee Goreng Basah antara menu biasa yang mudah didapati sama ada beli di kedai atau masak sendiri. Tapi nak tahu tak tip untuk masak Mee Goreng supaya hasilnya lebih sedap dari biasa? Kena cuba tip perkongsian saudari Suhasnida Ismail ini. Malah beliau juga berkongsi resipi Mee Goreng Basah yang dipelajari dari ibu mertuanya tapi diolah mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di dapur. Jom cuba!
TIP NAK MEE GORENG SEDAP:
1. Guna sos yang mencukupi & jangan kedekut bahan. 2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang akan rasa lebih sedap. 3. Bawang putih kena banyak, cukup sekadar tumbuk kasar. 4. Bila masak mee goreng, masukkan sedikit cuka makan. Ia akan membangkitkan lagi rasa keenakan mi.
Dah dapat tip kan? Jom cuba resipi yang ibu mertua Puan Suhasnida ni kongsi.
RESIPI MEE GORENG BASAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 peket mee kuning
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 sudu makan cili kering kisar – beli online disini
Lauk pilihan: Ayam cincang, udang, daging, telur
Sawi
Tomato
Dalam bulan puasa ni, bukan mudah menyediakan masakan yang memenuhi cita rasa seisi keluarga. Ada yang nak makan bihun sup, ada yang nak ayam goreng dan sebagainya. Macam-macam. Jika anda ada teringin nak makan bihun sup tapi versi yang sedap & mudah, apa kata cuba menu yang RASA kongsi ni. Pasti puas hati.
BIHUN SUP AYAM GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 paket bihun | rendam, celur dan tos
3 keping fish cake | hiris nipis
5 biji fishball | belah empat
1 mangkuk hirisan daging tetel rebus
Air secukupnya | boleh guna air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
1 bungkus sup bunjut
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3cm halia
BAHAN SAMPINGAN:
1 keping ayam chicken chop yang siap digoreng
Sambal kacang/sambal kicap
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama sup bunjut hingga wangi.
Masukkan air rebusan daging.
Setelah mendidih, masukkan hirisan daging tetal, fishcake dan fishball.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
Setelah masak, tambahkan serbuk lada hitam dan lada sulah.
Kacau seketika dan tutup api.
Masukkan bihun dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah sup di dalamnya.
Letakkan kepingan ayam chicken chop dan sambal kacang atau kicap.
Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Untuk pedas boleh tambahkan hirisan cili di dalam sup.
Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara tersebut. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah dan boleh sesuaikan dengan cita rasa anda dan keluarga. Berikut, Rasa kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.
MI DAGING VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
500 gm Banh Pho/ bihun vietnam | rendam, rebus dan tos
500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
500gm tulang | cuci bersih dan tos
3cm halia muda | hiris memanjang
1 biji bawang besar | potong dadu kecil
4 ulasa bawang putih | titik
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan sos ikan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN REMPAH RATUS:
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Daun sup secukupnya
Tauge secukupnya
Limau nipis atau lemon | ikut suka
Sambal kicap / hirisan cili
Bawang goreng | jika suka
CARA MEMASAK:
Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah secukup rasa . tutup api.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.
ASAM LAKSA VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
250gm daging | rebus dan hiris nipis
250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
1500ml air rebusan daging
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | titik
3cm lengkuas | ketuk
6 helai daun limau purut | carik-carik
2 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIASAN:
Daun ketumbar | hiris
Daun bawang | hiris
4 biji telur rebus | belah dua
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.
Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.