Buka Puasa Dalam Suasana Santai Di White & Black Lakeside Titiwangsa

Share

Saat bersama keluarga di kala Ramadan memang dinantikan. Tambah lagi dapat menikmati makanan kesukaan bersama keluarga, apa kata raikan Ramadan ini dengan membawa yang tersayang ke restoran pilihan.

Kunjungan ke Restoran White & Black Lakeside Titiwangsa pasti tidak mengecewakan. Suasana sekeliling juga tenang dan mendamaikan. Sejak dibuka, restoran ini menjadi tarikan kepada peminatnya yang inginkan suasana makan yang santai.

Berbuka puasa sambil menikmati pemandangan tasik pasti menyeronokkan. Sempena Ramadan, restoran ini menyediakan bufet Ramadan dengan menu Western dan Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif  White N Black Lakeside Titiwangsa, Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, antara menu di sini adalah western dan Melayu. Bermula dari kuih muih melayu sehinggalah piza. Lebih menarik terdapat Asam Pedas Salmon, Chicken Grill dan yang pasti ditunggu-tunggu ialah Kambing Golek, Fresh Oyster dan Fresh Prawn.

White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa merupakan restoran berasaskan makanan barat namun turut menampilkan menu istimewanya ‘Asam Pedas  Salmon’ dengan menggunakan resipi tersendiri. Kambing golek juga antara tarikan menu di sini.

Restoran ini mampu memuatkan lebih kurang 150 orang pada suatu masa.

Harga bufet Ramadan bermula dari RM69.90 (kanak-kanak) berumur 7 hingga 12 tahun. Tambah Mohd Firdaus harga early bird RM110 dikekalkan sehingga 20 April 2023.

Pihak restoran juga menyediakan ruang solat yang luas dan selesa, kaunter zakat serta busker di hujung minggu.

Jom buat tempahan di Facebook White & Black Lakeside Titiwangsa KL dan Instagram White_blacktitiwangsa.

Kredit resipi & foto: Salman Rahim

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN