
Bufet Ramadan Cili Kampung kembali dengan penawaran hujung minggu yang eksklusif di Alamanda Shopping Centre untuk Ramadan 2026, membawa pengalaman berbuka penuh rasa, nostalgia dan kemewahan sajian warisan Melayu.
Cili Kampung, destinasi masakan Melayu asli yang sinonim dengan rasa warisan dan hidangan kampung penuh jiwa, dengan bangganya mengumumkan pengalaman Bufet Ramadan 2026 yang lebih eksklusif dan premium. Bufet istimewa ini akan berlangsung dari 18 Februari hingga 19 Mac 2026, dengan fokus utama kepada pengalaman berbuka puasa hujung minggu di satu lokasi terpilih.
Tahun ini, Cili Kampung tampil dengan pendekatan yang lebih fokus mengangkat kembali rasa-rasa yang dekat di hati, disajikan dengan kualiti terbaik dalam suasana yang selesa dan mesra keluarga.

Kemewahan Sajian: Juadah Tradisi yang Menggamit Selera
Bufet Ramadan Cili Kampung menampilkan pilihan hidangan tradisional Melayu yang kaya rasa dan nostalgia, dihasilkan menggunakan resipi turun-temurun serta bahan berkualiti.
Tarikan Utama Bufet Ramadan Cili Kampung
Kemuncak bufet hujung minggu ini adalah Kambing Bakar Golek, dihidangkan panas-panas terus dari live station, diperap rapi dan dipanggang sempurna untuk memastikan daging yang lembut, berjus dan penuh rasa.
Hidangan Utama
- Nasi Minyak
- Ayam Goreng Berempah
- Ikan Tenggiri Sambal Rica-Rica
- Masak Lomak Beef (Signature)
- Ikan Masin Cili Api
- Sambal Sotong
- Kambing Kuzi
- Sayur Labu Masak Lemak Putih
- Terung Goreng Belacan (Signature)

Pembuka Selera & Pencuci Mulut
Kembara rasa diteruskan dengan aneka pembuka selera seperti Tauhu Begedil, Kerabu Perut Bersantan, Kerabu Pucuk Paku, Ketupat Palas Kuah Kacang, Acar Jelatah dan Cucur Jagung.
Manisan tradisional pula termasuk Kek Pisang, Onde-Onde, Talam Keladi, Pulut Mangga serta pelbagai pencuci mulut lain yang membangkitkan kenangan berbuka di kampung halaman. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan segar dari live station seperti Nyonya Kari Laksa, Mini Roti John, Satay dan Ayam Bakar 3 Sos.
“Komitmen kami pada Ramadan ini adalah untuk mengangkat kembali rasa-rasa yang dekat di hati. Setiap hidangan dihasilkan dengan sepenuh jiwa daripada Kambing Golek yang diperap sempurna hinggalah pencuci mulut buatan sendiri. Setiap suapan adalah penghormatan kepada warisan kulinari kita. Ini bukan sekadar juadah, tetapi rasa pulang ke kampung,” kata wakil Cili Kampung.
Lokasi Eksklusif & Maklumat Operasi Bufet Ramadan Cili Kampung
Bagi memastikan pengalaman terbaik dari segi kualiti hidangan dan suasana, bufet Ramadan tahun ini difokuskan kepada satu lokasi utama.
- Lokasi: Cili Kampung, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
- Hari: Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad
- Tempoh: 21 Februari 2026 (Sabtu) – 15 Mac 2026 (Ahad)
- Masa: 6:00 petang – 10:00 malam
Harga & Promosi Early Bird
Cili Kampung menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal bagi menikmati harga istimewa.
Harga Early Bird (1 – 31 Januari 2026):
Dewasa: RM128++
Warga Emas: RM68++
Kanak-Kanak: RM58++
Harga Biasa:
Dewasa: RM138++
Warga Emas: RM78++
Kanak-Kanak: RM68++
Nota: Promosi Early Bird hanya sah untuk tempahan yang dibuat dari 1 hingga 31 Januari 2026.
Tentang Cili Kampung
Cili Kampung merupakan destinasi kulinari utama di Malaysia yang mengetengahkan hidangan Melayu asli penuh warisan. Berpegang kepada falsafah “rasa pulang ke rumah”, Cili Kampung menyajikan masakan kampung tradisional menggunakan teknik turun-temurun, dipersembahkan dengan layanan mesra dan tulus.
Kini, Cili Kampung beroperasi di enam lokasi utama iaitu Hartamas Shopping Centre, Suria KLCC, The Light Hotel Seberang Jaya, Alamanda Shopping Centre, 1 Utama Shopping Centre dan Sunway Pyramid Shopping Mall meneruskan misi menyatukan keluarga dan sahabat melalui pengalaman menjamu selera yang bermakna.
Untuk Tempahan & Pertanyaan (Cawangan Alamanda)
📧 ck.alamanda@cilikampung.com
📞 +60 10 351 8800
📱 Instagram: @cilikampungmy
🌐 Laman Web: cilikampung.com
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




